DARI jauh sudah nampak muka berkerut. Mulut pula muncung hampir sedepa. Kalau ditegur, silap haribulan boleh kena tengking. Inilah sebahagian gambaran apabila seseorang itu sedang dalam stres atau tertekan.

Adakah anda tahu, stres bukan sejenis penyakit? Namun jika tidak diatasi dalam jangka masa tertentu, ia boleh mengakibatkan kita berdepan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, suka atau tidak, kita memang perlu belajar mengawal stres dalam diri.


ATASI STRES DI TEMPAT KERJA

1. JANGAN TUNDA KERJA

Jika anda suka menangguhkan pekerjaan, kerja semakin lama semakin bertimbun. Segeralah siapkan, ini membantu anda bekerja secara lebih efektif dan berdisiplin. Jadi, anda tidak terbeban dengan pekerjaan yang belum selesai.

2. GUNA WAKTU REHAT SECARA EFEKTIF

Waktu rehat, sempatkan diri untuk keluar ambil angin bersama rakan. Selain membantu membangunkan hubungan dengan rakan sekerja, ia juga membantu anda melupakan tekanan dihadapi.

3. OLAHRAGA RINGKAS

Membuat regangan tubuh ketika bekerja akan membantu melancarkan peredaran darah di seluruh badan, tubuh dan otak. Ia membuatkan fikiran lebih tenang dan menurunkan paras tekanan dalam kerja.

4. RANCANG AKTIVITI

Rancang aktiviti seharian anda dengan baik dan teliti. Apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggungjawab terhadap tugas tersebut.

Membuat perancangan sangat penting bukan hanya untuk jangka masa panjang, malah juga baik untuk jangka masa pendek. Buatlah perancangan aktiviti harian anda.

5. ATASI MASALAH MEMBELENGGU

Sebelum ini anda pasti pernah mengalami masalah di tempat kerja. Cuba ingat kembali cara-cara yang dapat anda gunakan untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi ketika ini.

6. DENGAR MUZIK

Salah satu ciri orang genius, mereka senang mendengar muzik. Ia membuatkan anda jadi lebih relaks, dan boleh dianggap sebagai sihir untuk mengembalikan mood. Dengar lagu kesukaan atau muzik tanpa lirik, dan jenis ideal untuk mengurangkan stres.

7. TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Bernafas dalam-dalam. Kerana ketika anda stres, tubuh cenderung bernafas dengan lebih cepat berbanding biasa. Cara ini dapat membuat tubuh lebih tenang.

Pada masa sama, jangan lupa kerap minum air kosong supaya oksigen cukup dalam badan. Paling penting, jangan tinggal solat jika mahu hati tenang!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda