BERDASARKAN kajian dilakukan Prof Dr Helen Fisher dari Universiti Rutgner di Amerika Syarikat, 56 peratus lelaki yang mempunyai hubungan dengan wanita lain ialah individu yang masih bahagia dengan perkahwinan sedia ada.

Menurut Helen, lelaki hanya ada satu motivasi saja ketika mempunyai hubungan dengan wanita lain iaitu disebabkan hubungan seksual terlarang.

Kadangkala kita terlepas pandang tentang keperluan seksual suami disebabkan kesibukan menguruskan hal rumah tangga dan kerja. Jadi, apa kata kita baca sebab kenapa lelaki curang dalam perkahwinan.

1. SIKAP SEMULA JADI LELAKI 

Sudah naluri setiap lelaki suka pada yang cantik. Jadi, mereka mahu menunjukkan atau membuktikan bahawa mereka masih mampu memikat hati wanita lain walaupun sudah berkahwin dan semakin berusia. Itu satu perkara yang membuatkan mereka rasa muda kembali.

2. RASA MUDA DAN MASIH MENARIK

Hati-hati apabila suami mula berdandan dan tampil bergaya ketika usia makin meningkat. Ini salah satu tanda mereka rasa muda dan menarik serta yakin mampu memikat wanita lain.

3. SEKADAR SUKA-SUKA

Ada lelaki menjalinkan hubungan dengan wanita lain sekadar mahu menguji tahap sayang dan cinta isteri mereka.  Bukan apa, apabila sudah lama berkahwin, ada hubungan suami isteri yang sudah mula suram. Hah, inilah cara nak tahu isteri cemburu atau tidak.

4. CURANG TANPA HUBUNGAN SEKS TIDAK SALAH

Ada lelaki mengganggap tidak jadi satu kesalahan sekiranya curang dengan wanita lain tanpa melibatkan hubung intim. Mereka mengganggap berhubungan melalui WhatsApp, Facebook dan media sosial lain ialah normal dan tidak salah di mata setiap lelaki. Ermm… kalau isteri mesej lelaki lain, suami marah tak?

5. BOSAN 

Apabila isteri sibuk kerja, suami bosan tinggal sendirian. Apatah lagi pasangan suami isteri bekerja shift. Apabila isteri kerja, suami cuti, dan apabila suami cuti, isteri pula kerja. Apabila rasa bosan, lelaki akan curang untuk mengisi kekosongan itu.

6. KEKASIH LAMA

Reunion memang tidak salah tetapi mengundang masalah apabila cinta lama kembali. Kes ini banyak berlaku, cinta zaman sekolah, zaman universiti dan zaman kanak-kanak kembali berputik walaupun selepas berkahwin. Ada pula sanggup meninggalkan isteri demi mengejar cinta pertama dulu.

7. BENCI PADA PASANGAN

Jarang berlaku, tetapi ada. Benci kepada pasangan mungkin disebabkan perkahwinan diatur keluarga atau mungkin sikap isteri yang tidak tahu menjaga perasaan suami. Hati-hati, lelaki suka perhatian.

Saling memahami dan mempercayai memang penting dalam setiap hubungan. Isteri pula apabila mula ‘hidu’ kecurangan lelaki, jangan terus serang kosong. Tidaklah dituduh cemburu buta pula.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda