MENJADI anak sulung perempuan bukannya mudah. Jangan peduli apa orang hendak kata  kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu.

Sebagai bukti, anak perempuan mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

7 SEBAB ANAK SULUNG PEREMPUAN JADI ISTERI IDAMAN

1. JUJUR

Dia selalu berlaku jujur terhadap kedua ibu bapa, jadi jujur adalah sifat semulajadi yang dimilikinya. Siapa yang tidak mahu seorang isteri yang jujur bukan?

2. BERDIKARI

Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, dia adalah seorang yang kuat dan berdikari. Dia bukan sahaja dapat membela nasib sendiri bahkan dapat membela nasib adik serta keluarga sendiri.

3. PELINDUNG

Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fizikal sahaja, namun faktanya anak sulung perempuan juga lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari.

Oleh kerana dia anak sulung, dia memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal adiknya.

4. PANDAI MASAK

Sudah pasti dia biasa memasak dan membuat kuih untuk adik beradik atau orang tuanya. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh anak sulung perempuan.

Bukan sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman.

5. PENDENGAR YANG BAIK

Oleh sebab dia sudah terbiasa mendengar celoteh dari adik beradik yang lain, maka jelas sekali bahawa dia akan menjadi pendengar yang baik. Dia juga mendengar keluhan kisah adik dan pastinya akan memberi jalan penyelesaian.

Bukan sahaja pendengar yang baik, dia juga dianggap isteri idaman kerana ada kemampuan untuk menghadapi masalah dengan baik.

6. CALON IBU YANG BAIK

Sebagai anak sulung perempuan yang sudah terbiasa menjaga adik, dia selalu membantu ibu membuat kerja-kerja rumah.

Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain, maka jelas dia mempunyai peribadi dan sifat tanggungjawab yang tinggi.

7. RAJIN

Selalu membantu ibu bapanya membersihkan rumah. Dia akan melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan dan harapan keluarga. Ini membuktikan dia seorang anak yang rajin.

Kepada anak perempuan yang sulung, kamu sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda