PERSONALITI lelaki hebat tentu mendapat perhatian golongan wanita. Jangan tidak tahu, wanita juga gemar berbicara tentang lelaki dan ada saja topik disoseh-sosehkan.

Semua topik itu jika difahami boleh dijadikan panduan kepada kaum lelaki untuk tampil hebat di mata wanita. Ini bukan soal mahu memikat, tetapi lebih menjaga personaliti diri sebagai lelaki.

Fahami 7 hal ini, pasti anda mudah menguasai penampilan diri kelak.


1. BAU

Bau badan lelaki menjadi daya tarikan wanita. Selalu peka dengan bau badan anda. Peluh lelaki sememangnya lebih kuat baunya. Justeru, jika anda kuat berpeluh, maka ambillah tindakan sepatutnya. Bau badan yang kurang menyenangkan akan buatkan wanita kurang gemar berada di sisi anda.


2. KETINGGIAN

Lelaki tinggi sebenarnya seksi. Wanita memang suka lelaki tinggi kerana berasa lebih selamat dan bangga apabila berada di sisi lelaki sedemikian. Bagaimanapun, ini tidak bermakna lelaki rendah kurang berkarisma.


3. JAGA BENTUK BADAN

Jika lelaki suka berbicara mengenai bentuk badan wanita yang menepati cita rasa mereka, wanita juga serupa. Wanita sukakan bentuk badan lelaki yang berbahu lebar dan pinggang kecil.

Bentuk badan sedemikian dianggap seksi dan jadi idaman. Nah, bagi lelaki bujang, mungkin anda boleh lakukan sesuatu mulai hari ini.


4. JENAKA

Wanita sememangnya suka lelaki yang bijak buat kawak. Orang kata, gurau senda membawa bahagia. Serius 24 jam pun boleh buat wanita rasa bosan. Bagaimanapun, janganlah asyik buat lawak bodoh hingga menjengkelkan.

Gurau senda sangat diperlukan dalam hubungan rumah tangga. Jika anda bijak berjenaka, pasti anda akan sering dipuji-puji. Silap-silap ramai pula yang cuba memikat anda untuk dijadikan pasangan. Hati-hati ya!


5. SENSUAL LELAKI

Perihal seksual juga ialah antara perkara yang ada dibincangkan antara wanita. Mereka berbincang hal ini secara tertutup. Lelaki perlu tahu apa yang menarik perhatian wanita untuk dibincangkan.

Dalam kitaran haid wanita, ada masa seseorang wanita itu begitu tertarik untuk melakukan hubungan seksual. Justeru, penampilan lelaki yang menarik, haruman minyak wangi dan bicara lembut boleh merangsang wanita.


6. DAYA TARIKAN

Bicara wanita mengenai lelaki juga termasuklah mengenai daya tarikan seseorang lelaki itu. Daya tarikan termasuklah mengenai keistimewaan dimiliki.

Selalunya mengenai sikap. Wanita sukakan lelaki yang budiman dan gentleman. Walaupun tidak berwajah tampan, wanita mudah tertarik kepada lelaki begini.


7. SENYUMAN DAN GIGI

Senyuman adalah senjata yang boleh digunakan untuk merapatkan hubungan. Isteri yang selalu melihat suaminya tersenyum akan berasa lebih tenang, berbanding apabila asyik melihat suami bermuram durja. Namun, sebelum senyum pastikan gigi anda bersih. Lebih-lebih lagi lelaki merokok.

Semoga berjaya memikat hati pasangan dan bakal pasangan masing-masing! 🙂

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda