“SAYA sudah bagi ubat ikut apa doktor suruh, tapi selepas tiga hari anak masih demam…” Begitulah perbualan yang biasa diberikan ibu bapa apabila bertemu doktor.

Tidak dinafikan kadangkala ada ibu bapa terpaksa menipu doktor kerana takut dianggap tidak prihatin. Tetapi tahukah anda apabila berbohong, anda berisiko membahayakan kesihatan anak?

Berikut perkongsian Pakar Perubatan Dr Deborah M Burton menerusi artikel ditulis di HuffingtonPost mengenai 7 penipuan ibu bapa ketika berjumpa pakar perubatan kanak-kanak.

Deborah berkata, berdasarkan kajian, 28 peratus pesakit mengakui berbohong kepada doktor dan mengikut pengalamannya, ibu bapa menunjukkan peratusan berbohong lebih tinggi kepada doktor tentang anak mereka.

Malah, ada kumpulan ibu bapa yang mengakui berlaku situasi di mana berbohong adalah lebih baik kepada pakar kanak-kanak.

1. ANAK SAYA SUDAH MAKAN SEMUA JENIS UBAT DISENARAIKAN

Ramai ibu bapa yang lupa tentang nama ubat dan dos yang diberikan kepada anak mereka. Nama dan dos ubat sangat penting bagi doktor untuk memberikan ubat yang lebih sesuai kepada anak.

2. SAYA SUDAH BERI UBAT SEPERTI DIARAHKAN

Mengakui memberhentikan pengambilan ubat antibiotik lebih awal kepada doktor dapat membantu doktor memberikan ubat lebih sesuai kepada anak. Biasanya pakar perubatan akan menyarankan pengambilan ubat sama daripada mempercayai ubat-ubatan itu tidak berkesan.

3. SAKIT INI BARU BERMULA DUA BULAN

Gejala sudah berlaku selama setahun, walaupun cuma simptom ringan tetapi masih dikira sebagai gejala. Kita perlu tahu bilakah masalah jadi semakin teruk dan bukan menghakimi tindakan sebelum ini.

4. HANYA TANDA KECIL DAN JARANG BERLAKU

Kita tidak akan membawa anak ke hospital sekiranya anak kita mengalami masalah ringan atau kadang-kadang berlaku. Tindakan ini mungkin dilakukan ibu bapa bagi mengelakkan pembedahan mahupun perubatan lain. Tetapi sebagai doktor, mereka perlukan fakta.

Ibu bapa perlu sedar ada sakit tidak hanya boleh diubati menerusi ubat-ubatan.  Walaupun ibu bapa mempunyai pilihan untuk tidak menjalani pembedahan. Tetapi, kita perlu mendengar cadangan dan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cuba menolak.

5. ANAK SAYA TIDAK MEROKOK ATAU MINUM ARAK

Untuk memberikan rawatan terbaik kepada anak kita, doktor perlu tahu maklumat tepat. Jika kita tidak berterus terang, itu akan hanya akan merumitkan keadaan. Beritahu doktor apa anda tahu.

6. ANAK SAYA JARANG GUNA MINYAK TERAPI DAN HOMEOPATI

Kedua-dua ubat dan rawatan homeopati sering berasaskan tumbuhan yang sama. Walaupun ubat-ubatan dihasilkan di makmal, struktur kimia boleh menyebabkan berlaku interaksi dengan rawatan homeopati. Jadi doktor ambil perlu tahu tentang penggunaan ini.

7. TIADA MASALAH DALAM SEJARAH KELUARGA

Perkara ini bukan perkara yang boleh diagak-agak. Kita perlu semak perkara ini dengan betul dan tepat. Periksalah dengan ahli keluarga kita bagi membolehkan doktor melakukan tindakan sepatutnya sekiranya anak melakukan pembedahan dan berlaku pendarahan atau kesukaran untuk sedar selepas diberikan bius.

Sebab itu doktor perlu tahu sejarah dalam keluarga. Tidak ada kebaikannya berbohong kepada doktor.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda