KANAK-kanak memang suka haiwan. Hubungan yang terjalin antara mereka sebenarnya memberikan kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah perkembangan mental.

Oleh itu, keluarga yang dapat memelihara haiwan peliharaan seperti kucing menjadi satu nilai tambah kepada anak.

Berikut adalah penerangan tentang kelebihan memelihara haiwan kepada kanak-kanak untuk pengetahuan ibu bapa semua.

 BACA>>> Tentang Masalah Cacing dan Anak yang Perlu Anda Tahu

KENAPA MEMELIHARA HAIWAN BAIK KEPADA KANAK-KANAK?

Ada kajian menunjukkan bahawa pengalaman memelihara haiwan peliharaan dapat membantu kanak-kanak membina nilai-nilai positif dalam diri mereka.

Berinteraksi dengan haiwan dapat membantu kanak-kanak dalam memperbaiki cara berinteraksi sosial mereka dengan kanak-kanak yang lain terutama kepada kanak-kanak yang kurang upaya atau yang mempunyai trauma.

Terdapat juga kajian lain yang membuktikan bahawa ciri-ciri sosial dan interaksi bersama rakan-rakan lain bagi kanak-kanak autisme (ASD) akan lebih terserlah apabila bersama binatang berbanding permainan.

Ciri-ciri ini termasuklah bertutur, melihat wajah, sentuhan fizikal, ketawa dan senyum. Para penyelidik juga berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak yang pernah mengalami penderaan daripada keluarga juga boleh menerima kestabilan emosi apabila berinteraksi dengan haiwan.


7 MANFAAT MEMELIHARA HAIWAN KEPADA KANAK-KANAK

1. TAHU MENGHARGAI

Kanak-kanak dapat menghargai hidupan lain dengan mengetahui bagaimana cara untuk memelihara dan menjaga dengan baik.

2. ADA BELAS KASIHAN

Kanak-kanak dapat dapat melahirkan rasa belas kasihan, sekali gus mengelakkan penderaan.

3. PUPUK TANGGUNGJAWAB

Kanak-kanak akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan.

4. BINA KEYAKINAN DIRI

Kanak-kanak lebih selesa dan yakin pada diri sendiri dengan meluahkan perasaan kepada haiwan peliharaan mereka.

5. ELAK RASA TAKUT

Boleh mengelakkan rasa takut pada haiwan dalam kalangan kanak-kanak.

6. MENGHARGAI KEHIDUPAN SEMULAJADI

Memelihara haiwan akan memberikan pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka.

7. DAPAT ILMU MENGENAI BINATANG

Mereka akan dapat ilmu pengetahuan tentang haiwan dan cara-cara menguruskan serta menjaganya.

BACA>>> Ibu Bapa Jangan Terlalu Taksub dengan Flashcard untuk Bayi

JIKA MEMELIHARA HAIWAN JADI SATU MASALAH, APA PERLU BUAT?

Bagaimanapun, tidak semua ibu bapa berkeupayaan untuk memelihara haiwan di rumah disebabkan faktor atau aspek tertentu antaranya masa dan kekangan ruang yang kecil mahupun kesihatan anak.

Jangan risau, bagi ibu bapa yang mahu mendedahkan manfaat ini kepada anak boleh mencari alternatif lain. Apakah alternatif itu?

1. BINA TAMAN MINI DI RUMAH

Kita boleh mewujudkan taman kecil atau pokok yang ditanam sendiri oleh anak atau kita yang mana ia juga dapat melatih mereka cara berinteraksi dengan hidupan lain.

2. PERMAINAN BERBENTUK HAIWAN

Kaedah lain yang boleh dipraktikkan adalah permainan yang berbentuk binatang seperti robot atau mainan fabrik yang seolah-olah anak kita perlu menjaganya dan memberi makan.

3. BAWA ANAK KE TAMAN HAIWAN

Bawalah anak ke tempat-tempat pemeliharaan binatang seperti zoo yang menyediakan aktiviti interaksi dengan haiwan seperti memberi makan dan mengusap binatang. Memerhatikan haiwan di zoo atau di dalam akuarium diberi makan, dimandikan atau dilatih dapat membantu anak memahami bagaimana hak manusia terhadap binatang dan hidupan lain.

 SUMBER: Think Fun

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda