MAKAN nanas pada awal kehamilan dilarang diambil oleh ibu hamil dikhuatiri memberi kesan buruk kepada janin. Antara kesan buruknya adalah keguguran dan kelahiran bayi pramatang.

Bagaimanapun, nanas mempunyai manfaat yang baik sekiranya di makan ketika ibu hamil di dalam persiapan menunggu kelahiran.

Berikut adalah 7 manfaat memakan nanas ketika usia kandungan sudah memasuki 9 bulan.

BACA>>> Benarkah Nanas Punca Keguguran? Ini Jawapan Dr Zubaidi

1. MEMBANTU PROSES BERSALIN

Salah satu manfaat baik nanas bagi ibu hamil pada usia yang sudah menghampiri proses persalinan adalah dapat membantu mempercepat proses kelahiran disebabkan nanas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahim (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Oleh itu, ibu hamil boleh memakan nanas ketika usia sudah 9 bulan.

2. MELEBARKAN LEHER RAHIM

Nanas mampu membantu melebarkan leher rahim yang dirangsang oleh pelepasan hormon prostaglandin. Pengambilan nanas adalah lebih baik daripada ubat-ubatan yang melancarkan proses bersalin.

3. MENJAGA KESIHATAN BADAN

Kandungan vitamin, mineral dan beberapa gizi lain di dalam nanas dapat membantu ibu hamil mendapat nutrisi yang mencukupi. Nanas adalah antara buah yang memiliki kandungan vitamin C tinggi yang dapat membantu meningkatkan imuniti ibu hamil dan mengelakkan masalah kesihatan lain.

4. MENJAGA SISTEM SARAF DAN JANTUNG

Khasiat nanas dapat membantu dalam kelancaran proses kehamilan dengan membantu menjaga sistem saraf dan jantung. Ini penting agar proses bersalin berjalan dalam keadaan yang tenang dan seluruh bahagian organ tubuh ibu hamil tua dapat berfungsi dengan optimal.

BACA>>>  Boleh Cuba 4 Tip Ini untuk Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

5. MENBANTU MENCEGAH DEHIDRASI

Keadaan tubuh ibu yang sudah besar ketika usia kandungan 9 bulan boleh menyebabkan peningkatan dehidrasi. Kandungan air yang tinggi pada nanas dapat membantu mencegahnya.

6. MENJAGA KESIHATAN TULANG

Berat badan pada usia kandungan mencecah 9 bulan memerlukan tubuh dan tulang yang kuat. Pengambilan nanas pada usia ini membantu menjaga kesihatan tulang ibu hamil disebabkan oleh beberapa jenis mineral penting dalam nanas.

7. PENYEBAB KONTRAKSI

Kontraksi pada akhir kehamilan merupakan langkah awal yang paling ditunggu dalam proses persalinan. Dengan makan nanas pada ibu hamil boleh mempercepatkan datangnya kontraksi bagi kelahiran normal.

 BACA>>> 15 Makanan yang Ramai Tidak Tahu Jadi Punca Keguguran Awal Kehamilan

SUMBER: Hamil.Co

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda