APABILA mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat. Hal ini kerana apa yang kita sebut, bagaimana kita sampaikan mesej, apa yang kita buat dan bagaimana reaksi kita akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa kanak-kanak.

Berikut adalah perkongsian Puan Aishah Kassim yang diperoleh dari pengalamannya  mengajar ibu bapa untuk merangsang bahasa kanak.

BACA>>> Kanak-Kanak Suka Cakap Seorang Diri Boleh Jadi Lebih Bijak?

1. MEMAKSA ANAK UNTUK SEBUT TERUS

Kita ini kadang-kadang tidak sabar nak dengar anak sebut tapi perlu diingat, bagi anak yang ada masalah lambt cakap, biasanya mereka mengambil masa untuk sebut dan mereka kurang spontan dalam menggunakan bahasa.

Jadi jika anak tidak sebut terus bila kita ajar, jangan pula kita stres atau putus asa sebab mereka perlu serap dulu apa yang kita cakap, faham dan lepas itu barulah sebut.

Kita juga perlu periksa kemahiran meniru kanak-kanak.Jika anak tiada kemahiran meniru, memang kita akan susah nak dengar anak sebut terus. Jadi kemhiran meniru ini ada stepnya iaitu :-

Meniru aksi –> Meniru bunyi –> Meniru perkataan –> Barulah meniru ayatJadi bila anak tidak sebut terus, sabar, sebut lagi dan lagi.

2. TIDAK AJAR ANAK UNTUK FAHAM TERLEBIH DAHULU

Bila nak bercakap dan menggunakan bahasa dengan betul, kita kena faham dulu kan. Sama juga dengan anak-anak belajar bahasa, mereka kena faham dulu setiap perkataan itu merujuk kepada apa sama ada objek ke, perbuatan ke, sifat ke dll. Jadi kita perlu ajar dulu sampai anak faham apa yang kita nak dia cakap.

Bila nak ajar anak faham, kita kenalah introduce apa yang kita nak ajar itu, Cth: nak anak sebut “nak”, jadi bila nak ajar itu kenalah pada situasi yang sesuai iaitu bila anak nak minta sesuatu.

Contoh: Bila anak nak susu. Sebelum bagi susu pada anak, ajar anak untuk minta, mula-mula pakai gesture dulu (tadah tangan), sudah boleh gesture barulah pula untuk sebut secara verbal pula. Lepas sudah boleh sebut sepatah, barulah ajar minta guna ayat. Ulang banyak kali untuk anak faham dulu, apabila sudah faham barulah mereka boleh guna dengan betul perkataan tersebut.

Sama juga jika nak ajar anak faham objek, introduce saja objek yang kita nak ajar, lepas itu test anak faham ke tidak, sudah faham baru ajar sebut.

3. MINTA ANAK SEBUT ULANG BANYAK KALI 

Saya faham, anak yang tidak banyak cakap atau belum cakap, dengan tiba-tiba menyebut perkataan mestilah kita sangat excited kan? Jadi kita pun akan minta anak ulang balik apa yang dia sebut.

Tapi biasanya, anak-anak yang baru nak bercakap tidak akan mengulang apabila disuruh.

Bila mengajar anak yang lambat cakap ini sebenarnya, kita tidak perlu minta anak ulang banyak kali. Apa yang boleh kita buat adalah:

1. Bila anak sebut perkataan, kita yang ulang sebutan anak sebagai peneguhan.

2. Tambah perkataan baru pada perkataan kanak-kanak untuk menggalakkan mereka membuat ayat. Contohnya, anak cakap “bird.. kita tambahlah.. ‘bird fly’ atau lain-lain ikut kesesuaian.

4. SUKA TANYA SOALAN BANYAK-BANYAK

Apabila kita tanya soalan pada anak, kita sebenarnya bukan nak tahu jawapannya kan? Betul tak? Kita tanya soalan pada anak sebab kita nak dengar anak cakap.

Tapi bagi anak yang masih belum bercakap dan baru nak bercakap bertanya soalan memang tidak membantu sebenarnya sebab kalau kita tanya memang sah-sah anak tidak akan jawab sebab dia tidak tahu jawapan.

Jadi dari kita bertanya soalan, baik kita bagi jawapan saja terus pada anak. Contoh bila kita tunjuk gambar, kita tidak perlu tanya ‘ini apa?’ sebab kalau anak yang tidak cakap lagi memang mereka tidak akan jawab. Dalam situasi seperti ini, kita tunjuk gambar bagi saja jawapan terus jadi anak terus akan dapat jawapannya.

5. KURANG ULANGAN SEBUTAN

Dalam apa-apa jenis pembelajaran pun, ulangan memang penting. Ulangan yang banyak akan mengukuhkan dan menajamkan skill.

Sama juga bila mengajar anak untuk faham dan cakap, ulangan memang kena sangat banyak untuk kanak-kanak ingat dan faham. Kanak-kanak perlu dengar lebih kurang 2,000 ulangan, percaya x?

Jadi dalam kebanyakan kes, kita cakap sekali dan berharap anak akan ingat dan guna, bukan macam itu, kena banyak kali untuk anak ingat, faham dan guna.

BACA>>> Benarkah Ibu Bapa Banyak Tanya Punca Anak Lambat Cakap?

6. INTONASI BERCAKAP TIDAK BEST

Kenapa kanak-kanak suka tengok katun? Kenapa kanak-kanak boleh attend pada lagu? Tahu tidak jawapannya?

Sebab lagu banyak intonasi. Kartun bercakap dengan berintonasi.

Jadi, bila kita bercakap dengan anak buat intonasi yang menarik ini boleh menarik minat anak untuk mendengar dan memberi tumpuan pada apa yang kita cakap, lebih baik tumpuan, lebih mudah untuk mereka ingat dan faham.

Kalau tidak percaya, cuba cakap dengan intonasi yang menarik mesti anak akan bagi perhatian yang lebih pada apa yang anda cakapkan.

7. BERCAKAP DENGAN AYAT PANJANG SANGAT

Untuk anak yang sudah boleh berbual dalam ayat panjang memang tidak ada masalah untuk kita cakap panjang. Tapi bagi anak yang baru nak bercakap, mereka akan susah untuk menangkap dan memahami apa yang kita cakapkan jika ayat kita terlalu panjang.

Jadi bagi anak yang baru nak bercakap atau belum bercakap, gunakan ayat yang lebih pendek dan simple agar anak mudah pick up dan ingat perkataan tersebut.

Formulanya paling mudah seperti ini:

Anak belum bercakap
Banyakkan ajar bunyi dan bercakap menggunakan 1 perkataan atau ayat 2-3 perkataan.

Anak bercakap sepatah
Gunakan ayat 2 patah ke 4 patah perkataan.

Anak bercakap dengan ayat 2 patah
Gunakan ayat 3-4 perkataan

Jika anak sudah boleh bercakap 3-4 patah, boleh ajar bercerita pula.

Haaa.. bila buat seperti ini anak akan lebih senang untuk tahu apa perkataan seterusnya dia kena sebut. terutama bila mengajar anak membuat ayat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda