TAHUKAH anda setitik susu ibu mengandungi 1 juta sel darah putih?

Selain untuk diberikan pada bayi, susu ibu juga mempunyai kegunaan lain bagi merawat beberapa masalah seperti:-

1. MERAWAT RUAM SUSU

Kaedah ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu. Bagi jenis ruam biasa, kita boleh meletakkan susu ibu pada kulit (kawasan ruam) dan pastikan ia kering, bersihkan kulit dan gosok supaya khasiat susu masuk ke dalam kulit bayi, sebelum memakaikan semula lampin. Bagaimanapun, jika anak kita mempunyai jangkitan kulat jangan gunakan kaedah ini kerana dikhuatiri akan memudaratkan lagi jangkitan. *Sila rujuk kepada pakar.

2. MENYEMBUHKAN PUTING SAKIT DAN MEREKAH

Letakkan sedikit susu ibu pada puting yang sakit dan merekah, biarkan kering. Ia juga adalah cara yang terbaik untuk membantu memerangi jangkitan kerana adanya antibodi di dalam susu ibu. * Jangan guna jika puting mempunyai jangkitan kulat.

3. MEMBANTU HILANGKAN SAKIT TUMBUH GIGI

Bekukan susu ibu dan jadikan ia dalam bentuk aiskrim atau ketulan ais batu. Berikan susu ibu yang telah dibekukan ketika anak sakit gigi. Bukan sahaja ais akan membantu kesakitan, tetapi bayi juga akan mendapatkan manfaat susu ibu!

4. SABUN

Kita memerlukan kira-kira 6 cawan susu ibu bagi membuat resipi ini. Kita boleh gunakan susu ibu yang sudah tamat tempoh. Sabun susu ibu sangat berkhasiat untuk bayi dan mama. Ada yang mengatakan sabun ini membantu mengurangkan masalah ekzema dan menjadikan kulit bayi lembut. Berikut adalah pautan resipi bagi membuat susu ibu: https://thesnapmom.com/homemade-breastmilk-soap/

5. MENYEMBUH MASALAH KULIT

Susu ibu membantu membersihkan pelbagai masalah kulit antaranya kesan terbakar, cacar air, luka, gigitan serangga, luka terbakar, ruam kulit dan kutil.

6. SAKIT MATA

Susu ibu boleh membantu merawat sakit mata. Letak 2 titis susu ibu ke dalam mata (yang dijangkiti atau kedua-dua sekali) sebanyak 2 kali sehari. Ia dapat membantu membersihkan mata merah.

7. JANGKITAN TELINGA

Letakkan beberapa titis susu ibu ke dalam telinga yang dijangkiti setiap beberapa jam selama 24 hingga 48 jam. Tengok hasilnya!

8. BARANG PERHIASAN

Susu ibu juga boleh dijadikan barang perhiasan. Bagaimanapun, ia mengambil masa kira-kira 6 minggu untuk dihasilkan kerana perlu melalui banyak proses termasuk pengeringan dan mengeraskan.


Jadi, bagi ibu yang masih menyusukan anak, kita boleh membuat simpanan sendiri susu ibu di dalam bekas kecil mengikut jumlah dan kuantiti yang diperlukan agar boleh digunakan bagi kegunaan di atas.

Buka apabila ingin digunakan tidaklah kita membazirkan susu ibu. Setitik susu ibu kan bernilai umpama emas.

Nota: Sila rujuk kepada pakar atau doktor masing-masing, jika kaedah rawatan di atas sesuai untuk diri sendiri dan anak kita terlebih dahulu.

SUMBERChelsea Leigh Ward | BreastFeedTampa

1 KOMEN

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda