JENAMA lampin pakai buang atau diaper atau kerap dirujuk sebagai ‘pampers’ (sebenarnya ini jenama) ialah antara keperluan wajib beli untuk si anak kecil. Mana satukah jadi pilihan?

Kadangkala hal memilih diaper pun boleh buat kita pening kepala sebab tidak tahu jenama mana yang patut dibeli. Ada berharga mahal, tetapi tidak sesuai dengan anak, dan ada yang harganya sudah OK, tetapi cepat bocor pula.

Agaknya jenama pampers manakah paling bagus? Di bawah ini ialah hasil ujian dijalankan seorang blogger ibu, LydSunshine ke atas 7 jenama diaper popular di Malaysia yang masing-masing menunjukkan kesan berbeza.

1. JENAMA DIBANDINGKAN

  1. Pureen Super Dry
  2. Drypers Wee Wee Dry
  3. Jenama Tesco Sederhana Murah
  4. Mami Poko Extra Dry
  5. Huggies Dry
  6. Jenama Tesco Paling Murah
  7. Whoopee

2. UJIAN PENYERAPAN

i. Air warna merah jambu dituang pada setiap pampers (400 ml).

ii. Kemudian pedap dengan tisu.

iii. Air warna merah jambu ditambah sekali lagi atas lampin tadi (400 ml).

iv. Hasilnya:

  • Pureen = Basah
  • Drypers = Basah
  • Tesco Sederhana = Sedikit Basah
  • Mami Poko = Basah
  • Huggies = Basah Lencun
  • Tesco Murah = Basah Lencun
  • Whoopee = Basah Lencun

3. PERBANDINGAN LAPISAN DALAM

  • Pureen = Lembut kapas
  • Drypers = Biasa dan tidak kasar
  • Tesco Sederhana = Biasa dan tidak kasar
  • Mami Poko = Paling lembut
  • Huggies = Biasa dan tidak kasar
  • Tesco Murah = Seperti kertas
  • Whoopee = Biasa dan tidak kasar

4. PERBEZAAN LAPISAN LUAR

  • Pureen = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar.
  • Drypers = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara.
  • Tesco Sederhana = Nipis.
  • Mami Poko = Tebal, tahan bocor, material yang boleh mengalirkan udara ke luar.
  • Huggies = Separa tebal, material yang boleh mengalirkan udara ke luar.
  • Tesco Murah = Tahan bocor, material plastik yang tidak mengalirkan udara.
  • Whoopee = Separa tebal.

5. PERBEZAAN HARGA

  • Pureen = Sederhana
  • Drypers = Sederhana
  • Tesco Sederhana = Murah (45sen sekeping)
  • Mami Poko = Mahal (70sen sekeping)
  • Huggies = Sederhana
  • Tesco Murah = Sangat murah (31sen sekeping)
  • Pet Pet = Sederhana

6. PENGALAMAN

  • Pet Pet

Sesuai untuk bayi baru lahir kerana harga berpatutan dan bagus. Bayi baru lahir kerap berak dan najis cair, lampin ini sesuai kerana ia selamat daripada bocor di bahagian tepi.

  • Diapex

Diapex premium sesuai untuk diguna pada waktu malam kerana ia lebar dan panjang. Ada ruang untuk kulit bayi bernafas.

  • Drypers

Dari segi lebar dan panjang, ia agak kecil berbanding Pet Pet. Sewaktu pakaikan anak Drypers, setiap kali buka aja lampin mesti ada bekas getah di celah peha anak dan mesti tukar setiap 4 jam.

  • Mami Poko

Harga memang agak mahal tapi sebenarnya jimat! Sehari cuma guna 2 keping dan boleh tahan sehingga 14 jam. Apa yang bagusnya, pampers ini cukup lebar dan panjang sampai ke pinggang. Daya serapan bagus, lapisan dalam lembut untuk kulit bayi dan selesa. Bayangkan, selepas 14 jam baru buka untuk tukar diaper, kulit bayi masih kering.

  • Pureen

Puas hati! Saiznya sama seperti Pet Pet dan Mami Poko. Cukup lebar dan panjang sampai ke pinggang.

  • Tesco Sederhana

Boleh tahan. Saiznya sama macam Drypers dan Huggies, cuma ruang bahagian dalam sempit buat kulit bayi susah bernafas.


MANA PALING BAGUS?

Sebagai kesimpulan, pilihan pertama diaper paling bagus adalah Mami Poko, kemudian Diapex, Pet Pet dan Pureen. Diaper saiz S jenama Pureen, Mami Poko dan Pet Pet adalah lebih besar dengan jenama yang dibandingkan di atas.

Semoga membantu pada yang masih buntu tidak tahu diaper mana satu yang patut dibeli.

KREDIT: LYDSunshine

1 KOMEN

  1. Pernah try Loviia Diapers tak? Kualiti pun hampir sama Mamypoko. Harga pun reasonable. RM25/pack untuk semua saiz.. S(50).M(46).L(42).XL(38). Berminat boleh ws 019-3627174. Ready Stock.. 🙂

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda