TENDANGAN pertama bayi dalam perut adalah pengalaman indah setiap ibu, yang boleh kita rasai seawal usia kandungan di antara 16 hingga 25 minggu.

Biasanya kita akan merasai tendangan bayi dalam keadaan kita tenang dan ketika duduk. Jadi, apakah sebenarnya makna tendangan bayi itu?

Konsultan Kanan Obstetrics dan Gynecology Hospital Fortis Escorts, Dr Indu Taneja berkata, tendangan pertama bayi dalam rahim menunjukkan bayi sudah berusia lima bulan.

Berikut adalah beberapa makna setiap tendangan bayi dalam rahim:-

1. TENDANGAN PERTAMA MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN BAYI

Tendangan pertama bayi menunjukkan usia dan perkembangan bayi dalam rahim. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa bayi adalah aktif dan sihat.

2. BAYI KUAT MENENDANG KETIKA IBU BERBARING KE KIRI

Ibu hamil yang sedang berbaring ke kiri mungkin pernah dikejutkan dengan tendangan berulang kali. Jangan panik, ia bukan bermakna bayi menunjukkan tanda ia tersepit di dalam rahim tetapi disebabkan peningkatan bekalan darah ke dalam rahim hingga menyebabkan pergerakan bayi meningkat.

3. TANDA PERANGAI SI KECIL

Jika kita mempunyai bayi yang sangat aktif ketika dalam rahim, ada kemungkinan anak kita yang bakal dilahirkan aktif dan suka berlari. Berdasarkan penyelidikan baru menunjukkan bahawa tendangan bayi dalam rahim juga jadi kunci perkembangan otaknya.

4. RESPON KEPADA MAKANAN YANG DIMAKAN

Kita dapat merasakan tendangan ketika melakukan aktiviti. Bayi juga akan menendang sebagai maklum balas kepada makanan yang kita makan dan bila masa perlu kita makan. Ini adalah pola normal dalam perkembangan janin dan tidak ada yang perlu dirisaukan.

5. BAYI TIDAK MENENDANG KETIKA STRES

Jika tendangan bayi berkurang selepas usia 28 minggu, kita perlu berjumpa dengan doktor. Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa apabila bayi kurang menendang juga adalah tanda bayi dalam keadaan stres. Jika ini terjadi, catatlah jumlah tendangan bayi pada hari tersebut.

Selain itu, kurang menendang juga mungkin disebabkan kurangnya aliran oksigen ke rahim atau berlaku penurunan kadar gula dalam darah ibu. Disarankan agar kita minum air banyak dan banyakkan berjalam. Namun, jika bayi tetap tidak bergerak, segera berjumpa dengan doktor!

6. TENDANGAN BOLEH DIRASAI PADA USIA 9 MINGGU

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah merasai tendangan pertama bayi sejak usia kandungan 9 bulan. Jangan risau kerana ia adalah perkara normal, walaupun ada yang mula merasakan tendangan hanya selepas usia kandungan 16 minggu. Setiap kehamilan adalah berbeza.

7. TENDANGAN MULA KURANG PADA USIA 36 MINGGU

Kita tidak perlu risau sekirangnya bayi dalam kandungan mula kurang pergerakan atau tendangan apabila usia 36 minggu. Hal ini kerana, bayi dalam kandungan tidak banyak bergerak berikutan ruang yang semakin sempit. Jika berlaku gerakan atau tendangan, ia tidak kuat seperti pada awal kehamilan.

Bagaimanapun, hati-hati jika kita tidak merasakan sebarang tendangan bayi dalam tempoh yang lama dan segera ke hospital dan klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan.

SUMBER: TheAsianParentIndonesia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda