DEMI mendapatkan kuku cantik dan sihat, wanita biasanya akan ke salun atau spa kecantikan untuk merias dan merawat kuku dan kaki. Namun kepada yang mahu berjimat, boleh saja lakukan semua rawatan itu di rumah dengan menggunakan bahan semula jadi.

Hmm, apa caranya ye…


1. LIMAU NIPIS/LEMON

Tidak perlu berbelanja besar, cukup sekadar menggunakan limau nipis atau lemon sebagai ramuan utama rawatan.

Caranya, belah limau nipis atau lemon kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kuku dan jari jemari. Biarkan selama 2-3 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan 2 kali seminggu, pasti kuku nampak bersih dan cantik.


2. MINYAK ZAITUN/KELAPA DARA

Kuku pecah dan kulit jari kasar membuatkan kita kurang keyakinan diri. Jangan biarkan masalah ini berlarutan. Gunakan minyak zaitun atau kelapa dara untuk merawat kuku pecah dan kulit kasar.

Oles minyak zaitun atau kelapa dara pada kulit setiap malam sebelum tidur. Urut tangan dan kuku secara perlahan-lahan, ia juga membantu melancarkan perjalanan darah.


3. BAWANG PUTIH

Buat mereka yang memiliki kuku rapuh dan mudah patah, cuba petua ini. Tumbuk bawang putih hingga lumat. Kemudian, gosokkan pada kuku. Lakukan petua ini setiap hari atau selang sehari. Kuku bukan sahaja jadi lebih kuat, tetapi berkilat.


4. BELIMBING BULUH

Kuku kusam dan kering mudah pecah dan nampak tidak cantik. Jangan susah hati, cuba petua ini! Gosokkan kuku dengan belimbing buluh dua kali seminggu.

Selepas itu, rendamkan jari seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam bukit. Kuku akan beransur sihat dan cantik dalam masa singkat.


5. KANGKUNG

Pelik tetapi benar! Jika kuku nampak comot dengan kesan kotoran susah tanggal seperti dakwt pen dan minyak hitam, boleh guna kangkung.

Bagi membersihkan dan memutihkan kuku, gunakan daun kangkung. Tumbuk daun kangkung sehingga lumat, kemudian gosok pada kuku. Biarkan hingga 10 hingga 15 minit. Bilas hingga bersih.


6. POTONG KUKU SECARA KONSISTEN

Kuku panjang dan tidak bersih mudah mengundang bakteria. Pastikan kuku dipotong pendek dan kemas. Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.


7. GUNA SARUNG TANGAN

Selain mengamalkan petua di atas, penjagaan kuku tangan mesti dilakukan secara berterusan. Amalkan menggunakan sarung tangan ketika berkebun dan mencuci pinggan atau aktiviti menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia. Ia akan menyebabkan kulit jadi kering dan mudah patah.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda