SEMALAM Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudahpun bermula, bagaimanapun masih tidak terlambat untuk ibu bapa mengamalkan beberapa tip ini ketika anak berhadapan dengan peperiksaan besar.

Semoga amalan kita diterima dan anak dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan dengan baik.

Berikut adalah tip dan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa:-

7 AMALAN IBU BAPA SAAT ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Banyak aku baca dan dengar perkongsian tips tentang apa amalan yang baik ibu bapa amalkan saat anak-anak sedang berjuang di medan peperiksaan. Aku kongsikan di sini ya.

1. HADIR KE SEKOLAH

Ibu bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka.

2. HANTAR ANAK DENGAN DOA

Saat anak melangkah masuk, ibu ‘hantar’ dengan doa agar anak ditajamkan akal dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan.

BACA>>> Kerap Melabel Boleh Buatkan Anak Menderita Masalah Mental

3. SOLAT HAJAT

Ibu bapa beredar ke surau, buat solat hajat. Solat dhuha, solat taubat dan berdoalah.

4. BACA AL-QURAN

Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan surah Yaasin. Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat.

5. SELAWAT

Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus.

6. BERSEDEKAH

Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga.

7. PUASA SUNAT

Puasa sunat bagi yang mampu dan tidak uzur.

BACA>>> Apakah Amalan Baik untuk Ibu Hamil Menurut Islam?

Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat.

Malah, ada sekolah tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah atas pelbagai faktor. Tenang saja, boleh lakukan di rumah dan di tempat kerja.

Mereka telah usaha, kita ibu bapa juga kena usaha. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.

SUMBER: Mohd Fadli Salleh

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda