ADA ibu dan ayah takut hendak bawa anak kecil ke pawagam sebab risau anak tidak boleh duduk diam, menangis, meragam dan macam-macam aksi lagi. Bagaimanapun, menonton wayang bersama anak boleh jadi pengalaman manis sekiranya kita buat persediaan rapi sebelum ke pawagam.

Jom cuba beberapa tip di bawah ini yang boleh bantu kita bawa anak kecil ke pawagam dengan selesa selain mengurangkan risiko anak buat perangai!

1. TEMPAH TIKET AWAL

Elakkan beratur panjang untuk beli tiket. Keaadaan sesak dan ramai boleh buat anak kecil bosan dan rimas. Bila sudah sampai rimas, tahu-tahulah anak kita mesti lari sana sini, menangis dan meragam. Lebih mudah beli tiket online. Apabila sampai, tidak perlu susah beratu dan terus saja tengok wayang!

2. BAWA BAJU SEJUK

Wajib bawa baju sejuk OK! Memang cuaca luar rasa panas, tetapi apabila sudah masuk dalam panggung, tiba-tiba rasa sejuk dan tidak selesa. Jadi sebagai langkah selamat, bawa baju sejuk untuk anak.

3. PASTIKAN KENYANG

Sebelum kita masuk menonton, pastikan anak sudah makan dan kenyang. Nanti tidak pula dia meragam dalam panggung.

4. PASTIKAN CUKUP TIDUR

Mengantuk pun boleh jadi anak tidak selesa. Kalau anak boleh tidur dalam panggung OK lagi, tetapi kalau anak meragam sebab mengantuk, memang boleh buat kita pening kepala! Jadi pastikan anak tidur sebelum ke panggung.

5. BAWA AIR, SUSU DAN SNEK

Jangan lupa bawa masuk air dan makanan untuk anak. Bawa botol susu dan susu yang siap diminum. Nanti senang kalau tiba-tiba anak cakap, “Adik nak susu!”.

6. TUNJUK TRAILER

Sebelum beli tiket, tunjukkan trailer kepada anak supaya dia bersemangat dan teruja mahu menonton. Apabila minda anak sudah diset supaya teruja hendak tengok kartun yang dia suka, nanti tidaklah bosan!

Pastikan juga cerita yang ditonton itu sesuai dengan usianya. Lebih baik kalau kartun itu memang anak suka! Selamat mencuba.

SUMBER: DidiAndFriends

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda