SEAWAL usia satu tahun, atau sebaik saja anak mula tumbuh gigi, mereka perlu diajar berus gigi. Tetapi pada usia semuda itu, ibu bapa boleh bantu memberus gigi anak supaya kelak jadi rutin harian.

Tidak dinafikan ada anak yang tidak suka berus gigi sebab takut! Jadi, ibu bapa perlu jadikan amalan memberus gigi sebagai aktiviti yang menyeronokan. Caranya ialah ikut tip mudah ini.

1. MAINKAN LAGU KEGEMARAN

Persatuan Pergigian Amerika menyarankan anak memberus gigi serurang-kurangnya 2 minit. Dalam tempoh itu, ayuh kita mainkan muzik atau lagu kegemarannya. Anak kita juga boleh menari sambil berus gigi.

2. BAWA ANAK KE KLINIK GIGI SETIAP BULAN

Amalan ini akan membantu anak kita membiasakan diri dengan kerusi doktor gigi selain dapat belajar tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut dan gigi yang baik. Cara ini lebih berkesan jika kanak-kanak faham dan sudah biasa ke klinik gigi.

3. BIARKAN ANAK BERUS GIGI PATUNG MAINAN

Anak kita tidak suka berus gigi kerana takut. Bagi mengelakkan masalah itu, biarkan anak kita memberus gigi patung mainan. Cara ini dapat membantu anak berlatih memberus gigi, dan juga menyeronokkan dia.

4. BERIKAN ANAK MASA YANG CUKUP

Jangan desak anak memberus gigi dengan cepat. Biarkan dia memberus secara perlahan-lahan. Berikan dia masa secukupnya!

5. BERI GANJARAN

Catatkan dalam kalendar tentang jadual berus gigi anak kita. Apabila dia berjaya berus gigi setiap hari, berikan ganjaran seperti belikan ais krim atau mainan baru.

6. BIAR ANAK PILIH BERUS GIGI DAN UBAT GIGI SENDIRI

Apabila mahu beli berus gigi, bawalan anak sekali. Biarkan dia memilih berus gigi dan ubat gigi sendiri. Tetapi,kita perlu awasi anak, jangan sampai dia makan pula ubat gigi itu ya!

SUMBER: 5MinutesForMom

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda