ADA pelbagai jenis, kualiti, rekaan dan harga kasut kanak-kanak di pasaran. Semua comel dan cantik serta harga pula berpatutan. Bagaimanapun, cantik saja tidak cukup untuk membuatkan si manja selesa dengan kasut yang dipakai.

Kalau diikutkan hati, memang semua hendak dibeli. Tetapi kita mesti beringat, keselesaan anak tetap jadi keutamaan. 6 tip di bawah ini boleh dijadikan panduan sebelum membeli kasut si manja.

1. UKUR KAKI

Gunakan pita pengukur untuk dapatkan saiz kasut anak. Ukur kaki anak dari tumit hingga hujung ibu jari kaki menggunakan pita ukur. Selepas dapat saiz, tambahkan 1/4 inci (6.35mm) hingga 1/2 inci (1.27sm) kerana setiap saiz kaki berbeza.

2. GUNA IBU JARI

Gunakan ibu jari untuk tentukan sama ada masih ada ruang lebih atau tidak di bahagian belakang kasut. Ini dapat memastikan anak selesa ketika berjalan.

Masukkan juga ibu jari di bahagian tumit kasut dan pastikan ada sedikit ruang di antara tumit kaki dengan bahagian belakang kasut.

3. DAPATKAN UKURAN SAIZ BETUL

Semasa mencuba kasut, pastikan anak meratakan kaki. Minta anak berdiri tegak supaya kaki dan ibu jari berada dalam kedudukan rata.

Ini membolehkan kita mendapatkan ukuran saiz betul. Lebih baik jika anak memakai stokin bagi memberikan sedikit ruang ketika mengukur.

4. CUBA DULU

Sebelum membayar, minta anak berjalan di dalam kawasan kedai dengn memakai kasut yang hendak dibeli. Jadi bolehlah kita tengok sama ada dia selesa dengan kasut itu atau tidak.

5. FLEKSIBEL

Pilih kasut yang fleksibel dan mempunyai kelebaran yang besar bagi memastikan kasut itu tidak sempit. Kasut yang sempit menyukarkan anak membengkokkan kaki.

Kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah mempunyai tulang kaki lembut. Jadi ruang lebar yang besar sangat penting untuk proses pembesaran.

6. MATERIAL

Material kasut amat penting i dalam memilih kasut anak. Pilihan yang baik ialah kasut daripada material kanvas, kain atau kulit. Material seperti ini dapat menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan lebih baik apabila dipakai.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda