ANTARA perkara paling memeningkan ibu-ibu setiap kali tiba musim perayaan ialah mengemas barang. Kalau boleh, mahu saja diangkut satu almari sebab takut ada barang tertinggal atau tidak cukup.

Apatah lagi bagi keluarga yang perlu pulang jauh atau menaiki pengangkutan awam seperti bas, tren atau kapal terbang. Jadi memang perlu ada kepakaran mengemas barang seminimum mungkin. Kapal terbang misalnya ada mengenakan caj tambahan jika barang yang dibawa melebihi muatan dibenarkan.

Tarik nafas dan ikut tip di bawah ini:

1.  SENARAIKAN BARANG

Bagi mengelakkan barang penting tertinggal, senaraikan keperluan setiap ahli keluarga. Utamakan barang penting seperti:

  • Ubat anak (persediaan jika anak demam atau selesema ketika beraya)
  • Ubat suami atau isteri, minyak angin atau ubat lain
  • Baju raya
  • Barangan keperluan peribadi – mekap, mandian, bedak, minyak wangi, dan lain-lain.
  • Pakaian
  • Kuih raya

Nota: Susu dan lampin pakai buang anak kecil cukup dibawa beberapa helai saja.

2. ASINGKAN BARANG TERTENTU DALAM BEG KECIL

Letakkan beg diisi ubat tadi dalam beg kecil. Bukan saja kemas, tetapi memudahkan kita mencari. Begitu juga alat mekap, pakaian dalam atau barangan peribadi lain. Elok dan senang dikemas dalam beg kelak.

3. PINDAH BARANG DALAM BEKAS KECIL

Kalau mahu jimatkan ruang, apa kata pindahkan barangan besar dan berat seperti syampu dan bedak anak ke dalam bekas lebih kecil (boleh beli travel kit di kedai DIY dan Daiso).

4. ASING PAKAIAN ANAK DALAM BEG LAIN

Bagi memudahkan kita mengemas barang, asingkan beg pakaian anak. Beli beg kecil dan sesuai untuk diisi pakaian mereka. Ia juga memudahkan kita melihat jumlah baju anak supaya tidak berlebihan dan kurang. Jika ada 2 anak boleh sekalikan pakaian mereka dalam beg yang sama.

Nota: Jika risau melebihi berat boleh beli penimbang mudah alih dan timbang selepas mengisi semua barang ke dalam beg.

5. GULUNG BAJU DALAM BEG

Ini tip penting untuk memastikan barang yang dibawa boleh muat dalam beg. Asingkan baju dan gulung serta masukan ke dalam beg. Boleh buat untuk baju kita dan anak. Tip ini memang menjimatkan ruang dan kemas.

6. HAND CARRY 

Jika bawa kuih raya naik kapal terbang, pastikan dibawa masuk ke dalam kabin dan tidak terlalu besar dan melebihi 7kg. Kalau ada anak kecil, disarankan bawa 1 beg kecil berisi barangan pakaian anak-anak dan dokumen penting untuk dibimbit (hand carry) bagi memudahkan pergerakan kita.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda