RAMAI dikalangan kita yang mengambil masa untuk ajar anak-anak berenang. Malahan, ada yang menangguhkan hingga anak mereka agak besar untuk belajar berenang. Sebenarnya, kita tidak perlu pun tunggu anak-anak membesar barulah mula diajarkan berenang.

Ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan sebagai galakan awal anak-anak untuk belajar berenang.

6 TIP AJAR ANAK BERENANG

1. BERLATIH DALAM TAB MANDI 

Risau hendak bawa anak bermandi-manda dalam kolam renang yang besar?

Mulakan dengan berendam dalam tab mandi kecil dahulu. Isikan tab mandi dengan mainan kegemaran ataupun dengan buih sabun dan perhatikan reaksinya.

Adakah dia takut atau menyukainya?

Kadang-kadang, ada antara mereka yang takut pada air dan akan menangis, menjerit ketika bermandi. Sekiranya anak anda belum biasa bermain dengan air, maka mungkin anda boleh tangguhkan dahulu sebelum membawanya ke kolam renang kanak-kanak.

Peringatan: Jangan sesekali biarkan anak dalam tab mandi seorang diri! Mereka perlulah sentiasa dipantau kerana kadang-kadang boleh tergelincir dan mati lemas.


2. BERMAIN DENGAN SI MANJA KETIKA MANDI

Salah satu cara untuk menggalakkan mereka berseronok sambil berenang untuk kanak-kanak adalah dengan bermain dengannya. Contohnya, kita boleh menyanyi bersamanya.

Ataupun bercakap-cakap dengannya.

Permainan pick-a-boo pun merupakan salah satu permainan kegemaran kanak-kanak di sekitar 1 tahun.

BACA>>>> 10 Tip Ajar Anak Tidur di Bilik Sendiri


3. JEJAKKAN KAKI KE DALAM KOLAM KANAK-KANAK

Mungkin setelah cuba langkah pertama dan kedua, anak anda sudah bersedia untuk menjejakkan kakinya dalam kolam renang kanak-kanak.

Jangan lupa ya, walaupun anda dan anak anda berada dalam kolam untuk kanak-kanak, si manja masih boleh ketakutan kerana stres dengan persekitaran yang baharu. Jadi mak ayah kena sabar ya!

Mungkin untuk kali pertama berenang di kolam, KITA boleh bermandi bersama mereka selama 10 atau 15 minit. Anak-anak kecil selalunya tidak suka berenang terlalu lama dan cepat penat.

Tip: Kalau mereka takut, cuba basahkan air di tetangga kolam renang! Selalunya ia mengambil masa yang lama untuk mereka membiasakan diri dengan kolam renang.


4. BELIKAN PELAMPUNG

Haaa jangan lupa! Kalau MAHU ajar anak supaya biasakan diri dalam kolam renang, cubalah beli pelampung yang sesuai untuk umur mereka.

Ini penting untuk keselamatan mereka. Selain itu, pelampung atau mainan air lain juga boleh galakkan mereka berenang dan lupakan ketakutan mereka seketika.

Peringatan: Jangan sesekali tinggal anak dalam kolam renang tanpa dipantau walaupun ada pelampung!


5. SEDIAKAN BAJU RENANG YANG SESUAI

Baju renang yang sesuai dan berkualiti sangat penting untuk anak-anak anda yang sedang belajar berenang. Baju yang berlengan and berseluar panjang dapat melindungi kulit mereka dari pancaran sinar UV matahari yang merbahaya kepada kulit, jika tidak dijaga.


6. SENTIASA PANTAU ANAK DALAM KOLAM RENANG

Inilah tip atau peringatan yang paling penting. Dalam keasyikan kita semasa berseronok, kita harus sentiasa ingat untuk memantau anak-anak kita. Jangan tumpukan perhatian anda ke benda lain, walaupun seketika. 

Kalau anak anda masih kecil, mungkin lebih baik anda bermandi-manda dengannya. Anak yang boleh berjalan kadang-kadang boleh tergelincir dalam kolam. Ada yang berlari-lari di kawasan kolam lalu tersungkur dan terhentak kepala.

Pastikan anak-anak anda sentiasa berdekatan dengan kita ok.

BACA>>>> 12 Barang Bayi yang Wajib Dibawa Ketika Pergi Bercuti

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda