SEBAIK saja mengetahui diri hamil, perkara yang sering menghantui minda wanita ialah tidur yang lena, bukan dalam tempoh sembilan bulan tetapi hingga bayi berusia dua atau tiga tahun.

Sepanjang tempoh itu wanita hamil biasanya perlu melalui enam tahap kualiti tidur yang tidak pernah dirasai lelaki. Jadi kepada suami, hargailah isteri anda.

1.   AWAL TRIMESTER PERTAMA – TIDUR SEPERTI DALAM KOMA

Mungkin anda belum tahu lagi tentang diri anda sedang hamil. Tetapi, apabila sendiri rasa mudah mengantuk seperti diberikan ubat tidur, itu tandanya anda sedang berada dalam trimester awal.

2. LEWAT TRIMESTER PERTAMA – TIDUR YANG SERING DIGANGGU

Apabila rasa penat, anda senang untuk tidur, tetapi akan mudah rasa mual, berpeluh dan bermimpi pelik yang boleh mengejutkan anda daripada tidur setiap beberapa jam. Situasi ini memang memenatkan, dan menyebabkan kurang tidur berkualiti.

3. AWAL TRIMESTER KE-2 – INSOMNIA

Anda akan mula kerap buang air kecil pada malam dan sukar untuk tidur semula. Badan akan berpusing ke kiri dan kanan untuk cuba cari keselesaan hingga ambila masa 2-3 jam lamanya. Biasanya, mata mula mengantuk apabila matahari mula muncul.

4. LEWAT TRIMESTER KE-2 – TIDUR MATI

Anda mula rasa tidur seperti ketika awal trimester pertama dulu. Anda lebih mudah tertidur walaupun hanya meletakkan kepala atas bantal dalam tempoh 10 saat sebelum bangun ke tandas sekali atau dua kali, dan kemudian tidur semula dengan mudah. Nikmati trimester ini kerana trimester seterusnya pasti lebih mencabar.

5. TRIMESTER KE-3 – TIADA TIDUR

Kualiti tidur sepanjang fasa trimester ini sangat sukar. Ini kerana saiz perut semakin membesar, bayi pula kerap menendang, ulu hati terasa pedih, dan badan jadi gatal-gatal, termasuk kaki. Semua gejala itu menyukarkan anda tidur! Bagaimanapun, peringkat ini ialah masa terbaik untuk berlatih menjadi seorang ibu yang baik!

6. KURANG TIDUR SELEPAS BERSALIN

Ini bukan khabar angin ini, tetapi memang benar! Bayi tidak suka ibu bapa mereka tidur. Mereka tidak berniat pun, tetapi faktanya bayi memang tidak tidur dalam tempoh yang lama.


Suatu masa nanti, anda akan dapat juga menikmati tidur lama yang lena apabila mereka meningkat usia. Tetapi sebelum itu sila pastikan anda tidak mengandung lagi. 😛

SUMBER: BabyCenter 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda