BAGI menikmati seks hebat, suami isteri perlu ada sikap positif kerana ini mampu mengubah kualiti dan kepuasan masing-masing.

Jika selama ini anda selalu memikirkan tentang kehidupan seks yang hambar, kini sudah tiba masa anda mengubah fikiran kepada lebih positif. Tekadkan diri bahawa anda akan menikmati seks hebat pada hari-hari mendatang bersama pasangan.

Bagi membantu anda dan pasangan menikmati seks hebat, kami senaraikan 6 sikap yang dikenal pasti mampu meningkatkan kualiti dan pengalaman anda berasmara daripada pakar terapi seks, Joel D Block PhD dalam buku ‘Secrets of Better Sex’.


1. PENGETAHUAN

Pengetahuan ialah kekuatan seksual. Sebahagian kita percaya perkara atau maklumat yang mengelirukan tentang seks. Misalnya, wanita yang tidak mencapai orgasme seks ketika melakukan hubungan intim seksual ialah frigid atau dingin.

Lelaki yang tidak ereksi ketika melakukan seks pula bermakna dia sedang marah kepada pasangannya. Pastikan anda mendapatkan maklumat atau pengetahuan seks daripada sumber yang boleh dipercayai.

2. KEBERANIAN

Seks memerlukan sedikit keberanian. Jangan biarkan rasa takut dan malu membatasi rutin seks dengan pasangan.

Rasa takut gagal atau tidak dapat memenuhi harapan sendiri atau pasangan akan menyebabkan anda berhenti berusaha mencuba memperbaiki aksi seks. Jadi, tepis perasaan takut supaya anda boleh terus mencuba posisi seks berbeza.

3. KEINGINAN

Seks ialah tentang keinginan, bukannya harus. Apa yang anda dan pasangan inginkan? Itu yang jadi masalah, bukan apa yang anda fikir harus anda inginkan.

4. PENGLIBATAN

Kepuasan seks akan anda dapat dengan penglibatan dengan pasangan. Jika anda terlalu sibuk memperhatikan potensi dan kepuasan diri sendiri, anda tidak akan mampu terlibat dalam pengalaman seks menyenangkan.

5. KEPERCAYAAN

Seks yang terbaik mampu dikecapi jika dua orang rasa cukup selesa antara satu sama lain dan bukan rasa lemah. Bagi mengatasi halangan kepada rasa tidak selesa, anda memerlukan keyakinan bahawa anda diterima seadanya pasangan.

6. KOMUNIKASI

Kehidupan seks akan jadi lebih baik jika pasangan mampu berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan. Nyatakan kesilapan pasangan dengan penuh kelembutan supaya dapat diperbaiki.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda