DALAM kesibukan membuat persiapan menyambut kehadiran cahaya mata, jangan pula sampai terlupa sediakan set bersalin terbaik buat diri sendiri. Set bersalin atau set berpantang ini akan membantu kita mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, mengembalikan bentuk tubuh asal dan memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin.

Kepada ibu yang tidak tahu set bersalin manakah patut dibeli, dalam artikel kali ini kami senaraikan 6 set bersalin paling popular yang selalu jadi pilihan ibu-ibu semalaysia.

1. NONA ROGUY

  • Nona Roguy ialah set berpantang dan bersalin paling popular di Malaysia.
  • Walaupun harga sedikit mahal, tetapi produk ini dikatakan sangat bagus dan banyak kebaikan.
  • Mempunyai tablet phytonatal yang boleh mengatasi masalah sembelit di kalangan ibu selepas bersalin sama ada secara normal ataupun caeseran.
  • Ia juga membantu mempercepatkan ibu kembali langsing selepas bersalin. Malah testimoni pengguna juga positif.

2. ORANG KAMPUNG

  • Bagus kepada anda yang mahu mengelak makan jamu pelbagai jenis.
  • Sangat berbaloi dan murah serta sesuai digunakan semua ibu.
  • Antara benda yang anda akan dapat dalam set Orang Kampung ialah seri lulur, seri pilis, seri susut, kapsul kacip fatimah, minyak telon, minyak gamak, minyak merah, ubat periuk, jeli gamat dan bengkung.

3. SET SHAKLEE

  • Ramai pengguna memberikan testimoni bagus mengenai produk ini. Disyorkan beberapa pakar di Malaysia.
  • Harga set Shaklee sangat berpatutan dan boleh dipadankan mengikut bajet masing-masing.
  • Set ini daripada jenis moden dan bukan berasaskan jamu atau herba panas.

4. SET D’HERBS MAK BIDAN

  • Murah dan lengkap. Malah, masih boleh digunakan walaupun sudah habis berpantang dan sangat berbaloi.
  • Antara set yang anda boleh dapatkan ialah D’Herbs Mak Bidan Postnatal Set (set bersalin), D’Herbs Set Wajah Madu Propolis 3 in 1, D’Herbs Aura 7 Bunga Skin Series dan banyak lagi.

5. SET ANUGERAH

  • Kebanyakan orang menggunakan set bersalin Anugerah (luaran) dan kombinasi bersama set Shaklee (dalaman).
  • Antara yang popular dalam set ini ialah losyen sejuta khasiat dan minyak sejuta rahsia.
  • Berbau wangi dan sangat baik untuk digunakan. Set ini juga lengkap untuk keperluan bayi dan ibu.

6. SET JAMU JELITA 

  • Lengkap dengan bengkung dan beberapa barangan lain yang sangat sesuai untuk penjagaan ketika berpantang.
  • Jika beli set ini, anda akan dapat air selusuh, bam hangat herba, jus tradisi wanita, minyak selesa, rendaman herba, sabun nyaman dan tungku herba tradisi.

Bukan semua benda dalam set bersalin kita perlukan. Sebab itulah penting untuk bertanya dan senaraikan apa yang perlu dibeli. Caranya? Baca pautan ini: 10 ‘Check List’ Perlu Buat Sebelum Beli Set Bersalin

SUMBER: SensisTop

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda