INI bukan iklan atau promosi Skim Simpanan Nasional Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M). Tetapi atas dasar kesedaran tentang kepentingan dana pendidikan untuk anak kita.

Suka atau tidak, hakikatnya zaman sekarang memang susah betul hendak mendapatkan biasiswa. Sebab pertama, saingan semakin sengit kerana bilangan pelajar cemerlang semakin meningkat. Kedua, peruntukan biasiswa banyak dikhaskan untuk pelajar aliran sains, dan kurang untuk aliran seni dan sastera. Ketiga, keutamaan diberikan terlebih dulu kepada pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan. Ada pelbagai sebab lain lagi kenapa biasiswa tidak lagi semudah dahulu.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Jadi, ada baiknya kita merancang kewangan untuk pendidikan tinggi anak supaya senang menjejak kaki ke menara gading atau melanjutkan pelajaran apabila tiba masanya kelak.

APA ITU SSPN1M?

SSPN1M ialah skim atau platform di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuka peluang kepada ibu bapa untuk melabur dalam pendidikan tinggi anak.


ADA 6 KELEBIHAN SSPN1M

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM6,000 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak/ anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  2. Perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang menyimpan simpanan RM1,000 dan ke atas.
  3. Kadar dividen kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  4. Pemberian geran sepadan kerana memasuki Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) hingga RM10,000 untuk satu keluarga layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
  5. Simpanan dijamin Kerajaan.
  6. Layak menerima pinjaman pendidikan PTPTN.

SIMPANAN RM500, PERCUMA RM500 UNTUK 500,000 AKAUN

Bermula 1 Januari – 31 Disember 2018, sesiapa yang buat simpanan SSPN1M sebanyak RM500 untuk anak berumur 7-12 tahun, layak mendapat Insentif Khas Geran Sepadan berupa deposit percuma bernilai RM500, hanya untuk 500,000 pendeposit terawal.

Jadi mulalah menabung dana pendidkan untuk anak, sekarang! Jangan sampai suaatu hari nanti, anak tidak dapat hendak menyambung pengajian disebabkan kesilapan kita merancang kewangan.

SUMBER: PTPTN 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda