PERNAHKAH anda terfikir apa tugas ibu yang dilakukan di rumah setiap hari? Pernahkah anda menghargai apa yang isteri anda lakukan sebagai seorang suri rumah?

Walaupun sesetengah orang memandang rendah kerana mereka hanya duduk di dapur, pengorbanan mereka amatlah tinggi. Malah, bukan calang-calang orang yang boleh memikul tanggungjawab tersebut dengan berlapang dada.


6 SEBAB SURI RUMAH ITU PEKERJAAN PALING SUSAH DI DUNIA

1. ON CALL 24 JAM SEHARI

Tugas ibu bermula sebaik saja mereka bangun tidur hinggalah mereka masuk tidur. Kerja rumah memang tidak pernah habis.

Bukan setakat itu, dalam waktu tidur sekalipun, mereka akan sentiasa ‘on-call’ dan perlu bersedia menghadapi sebarang keperluan anak dan suami.

Mereka tiada cuti tahunan, cuti tanpa gaji, atau apa-apa cuti langsung. Malah, pergi bercuti dengan keluarga sebenarnya menjadikan mereka lebih letih dan seolah-olah kena pergi ‘outstation’.

Apabila ada masa terluang, jarang sekali waktu ini digunakan untuk diri mereka sendiri. Bahkan, ia selalu dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja rumah, bermain dengan anak, dan berehat sekadarnya sebelum menyambung tugasan lain.

2. TIADA GAJI

Apabila anda bekerja, setiap bulan anda tentu akan berasa gembira apabila tarikh gaji semakin hampir.

Walaupun pekerjaan yang anda miliki bukanlah pekerjaan yang paling anda suka, gaji yang dimiliki akan memberi dorongan untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya.

Bagaimanapun, seorang suri rumah hanya mengharapkan belas ihsan suami. Dalam kesibukan itu, ramai juga wanita yang gigih mencari pendapatan sampingan dan mengorbankan masa mereka yang serba suntuk. 🙁

3. DIPANDANG SERONG 

Kita kini hidup dalam generasi yang sentiasa meraih perhatian atas apapun pencapaian yang dilakukan.

Apabila anda bergelar suri rumah, mesti ada mulut-mulut yang akan membuat pelbagai andaian yang kurang tepat ke atas diri anda.

“Ohhh jadi suri rumah sebab tiada pelajaran lah tu. Jadi suri rumah je pun, bukan nya susah macam orang bekerja di pejabat setiap hari…..”

4. TIADA KEHIDUPAN SOSIAL

Bercakap dengan anak-anak tidak sama seperti bercakap dengan seseorang dewasa. Inilah kehidupan sosial yang amat kurang dipenuhi apabila menjadi suri rumah.

Bukannya mudah melalui kehidupan yang tidak bersosial. Walaupun seseorang wanita itu bukanlah jenis seorang yang suka berbual atau peramah, percayalah bahawa mereka perlu bercakap dengan seseorang (dewasa) untuk mengekalkan kewarasan mereka!

BACA>>>> 9 Perkara Zaman Bujang yang Kita Rindukan Selepas Ada Anak

5. MEREKA MEMPUNYAI BOS YANG ‘PELIK’

Diri mereka sendiri. Bukan mudah menjadi bos kepada diri sendiri. Ada masanya anda tahu apa yang anda inginkan, tetapi kebanyakan masanya anda ‘terpaksa’ berlagak seperti tahu segalanya.

Kadangkala, hendak masak untuk makan malam pun boleh menyebabkan rasa stres kerana kekeringan idea dan ditambah pula dengan keletihan.

6. MEREKA JARANG DIHARGAI

Bayangkan kalau gaji anda ditahan 3 bulan? Dapatkah anda berasa ‘senang’ walaupun anda tahu ia akan dibayar? Itulah yang dirasai oleh suri rumah.

Walaupun mereka melakukan sesuatu yang hanya dapat dibalas pada hari akhirat, namun tentu ada masanya mereka akan berasa sedih, keliru, cepat marah, dan bosan apabila orang dalam rumah tidak menghargai kewujudan mereka.

Oleh itu, apa salahnya anda memberi pelukan kepada isteri, membantu melakukan kerja-kerja mudah, dan membawa mereka makan di luar sekali-sekala. Tentu tindakan ini sedikit sebanyak mengukir senyuman dalam wajah mereka.

BACA>>>> Jadi Mama Mesti Jangan Malas Bergaya OK!

SUMBER: Zuriat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda