IBU hamil sering mengalami masalah susah hendak tidur, terutama menjelang trimester ketiga kehamilan. Jadi, posisi tidur sangat penting bagi mendapatkan tidur yang lena dan selesa.

Baca: 6 Tahap Tidur Yang Perlu Wanita Hamil Hadapi

Bagaimanapun, ibu hamil perlu berhati-hati dan jangan tidur dalam keadaan yang boleh mengundang bahaya terhadap bayi dalam kandungan dan juga diri sendiri.

Berikut posisi tidur yang perlu dielakkan ibu hamil.

1. TIDUR TERLENTANG 

Tidur terlentang dalam trimester kedua ialah bahaya kepada bayi dan ibu. Ini kerana pada trimester ini uterus berada di bahagian tekanan vena yang berfungsi untuk mengembalikan aliran darah ke jantung ibu. Jika kita berada dalam posisi ini dalam masa lama, ia boleh mengurangkan aliran darah ke plasenta.

Situasi itu akan mengehadkan pengaliran gizi kepada ibu dan oksigen kepada janin yang boleh menyebabkan kematian. Ibu hamil juga mungkin akan rasa mual dan pening jika berada lama dalam posisi ini.

2. TIDUR MENGIRING KE KANAN

Posisi tidur ini menyebabkan tekanan kuat terhadap hati ibu, yang akan mengehadkan oksigen mengalir lebih baik kepada bayi melalui plasenta. Berada dalam posisi ini juga akan memberikan keadaan tidak selesa kerana kekurangan oksigen.

3. TIDUR MENIARAP

Tidur dalam posisi ini ketika awal kehamilan masih dibolehkan dan perlu dielakkan apabila perut sudah membesar. Ia akan memberikan tekanan kepada janin dan boleh menyebabkan kematian.

4. TIDUR DALAM KEDUDUKAN KAKI TINGGI

Kebiasaan ibu hamil ialah tidur dengan kaki diletakkan di paras lebih tinggi daripada badan kerana memberikan keselesaan. Tetapi posisi ini harus dielakkan pada trimester pertama kerana dikhuatiri akan menyebabkan oksigen tidak dapat sampai dengan baik kepada bayi dalam kandungan.

5. TIDUR SAMBIL DUDUK

Posisi tidur ini sering dilakukan ibu hamil yang mengalami alahan teruk, agar dapat tidur dengan selesa. Bagaimanapun, tidak patut diamalkan kerana ia akan meningkatkan tekanan pembuluh darah yang berlebihan untuk jantung.

Tidur dalam keadaan yang agak lama juga boleh memberikan tekanan kepada punggung dan boleh menyebabkan sakit punggung. Jika ibu hamil mengalami buasir ketika hamil, posisi ini perlu dielakkan.

6. TIDUR TERLENTANG DAN KEPALA LEBIH TINGGI

Posisi ini akan menyebabkan ibu dan bayi dalam kandungan mengalami kekurangan oksigen kerana akan meningkatkan tekanan kepada hati, plasenta dan punggung.

SUMBER: Hamil.co.id

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda