Hamil dengan saiz badan semakin bertambah pasti menghalang ibu hamil beraksi menghairahkan pasangan. Malah, ada ibu hamil yang langsung takut mencuba posisi lain kerana khuatir keselamatan diri dan bayi.

Berikut 6 posisi selamat dilakukan ibu hamil ketika bersama suami. Erm… selepas ini, hamil bukanlah alasan untuk tidak berasmara.

1. MISSIONARY KLASIK

Kedudukan ini boleh dilakukan semua wanita hamil. Bagaimanapun, suami perlu berhati-hati untuk mengelak terlanggar perut yang sudah mula membesar itu.

Dalam posisi ini, wanita hamil tidak perlu bergerak banyak, jadi boleh relaks. Bagi memberikan keselesaan, boleh gunakan bantal dan letakkan di belakang untuk lebih sokongan.

2. GAYA SPOONING

Posisi ini selesa bagi wanita hamil dalam trimester ketiga kerana perut sudah terlalu besar. Wanita hamil hanya perlu baring ke sisi dan merehatkan perut atas tilam.

Bagi keselesaan, letak beberapa bantal pada salah satu kaki supaya perut tidak tersepit dan penetrasi lebih mudah terjadi. Posisi ini juga membuka peluang untuk rangsangan kepada vagina.

3. WANITA DI ATAS

Posisi ini agak sukar dilakukan wanita hamil terutama apabila perut sudah besar. Namun, lebih selamat. Jika terlalu letih untuk ‘memimpin’ posisi itu, minta suami melakukan gerakan pinggul sambil memegang kaki. Jika lutut sakit, letak bantal sebagai alas di bawah kedua-dua lutut.

4. GAYA DOGGY

Boleh dilakukan dan sesuai untuk ibu hamil yang mengalami masalah pelvis sakit. Caranya, pegang tepi katil untuk mengelakkan kejutan pada abdomen dan untuk lebih selesa letakkan beberapa bantal di bawah perut.

5. SISI PELANA

Letakkan kedua-dua kaki berada di atas badan suami ketika melakukan posisi ini. Kita boleh condongkan badan ke sisi menghadap suami untuk memberikan keselesaan pada perut dan pandai mencari posisi condong paling sesuai.

6. MODIFIKASI MISSIONARY

Posisi ini hampir sama dengan missionary klasik, bezanya suami berlutut di tepi katil. Kita boleh melakukan posisi ini apabila perut mula membesar kerana boleh mengelakkan tekanan pada perut. Alaskan bantal pada lutut suami supaya dia lebih selesa.

SUMBER: TheAsianParentIndonesia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda