ANAK yang mengalami masalah penurunan berat badan secara mendadak bukanlah sesuatu perkara yang baik. Perkara ini sangat merisaukan ibu bapa kerana khuatir anak mendapat penyakit berbahaya.

Berikut kami kongsikan 6 jenis masalah kesihatan yang menjadi penyebab kepada penurunan berat badan bayi dan kanak-kanak.

BACA>>> Anak Kurus Sangat? Suruh Dia Makan 10 Makanan Sihat Ini!

1. MALNUTRISI

Ia berlaku di mana satu keadaan apabila tubuh kanak-kanak tidak menerima nutrisi yang penting dalam pertumbuhan. Keadaan ini boleh menyebabkan anak kurus dalam tempoh yang singkat dan diikuti dengan penyakit lain.

Sistem pertahanan tubuh anak akan menurun sehingga memudahkan anak mendapat jangkitan. Ia sering terjadi pada anak yang sukar untuk makan atau memilih makanan. Jika masalah ini terus berlanjutan, disaran untuk segera bawa anak berjumpa dengan doktor.

2. MASALAH CACING

Anak yang kurus mudah terkena cacing antaranya cacing kremi yang menyerang sistem percernaan. Ibu bapa perlu berhati-hati dengan tanda-tanda anak mendapat masalah ini antaranya, anak makan banyak tetapi berat badan menurun, yang mana nutrisi yang masuk tubuh anak diserap oleh cacing.

3. PENYAKIT JANGKITAN VIRUS ATAU BAKTERIA

Penyakit yang disebabkan oleh parasit, virus dan bakteri boleh menyebabkan anak menjadi sangat kurus. Keadaan ini boleh terjadi pada anak yang menderita jangkitan paru-paru sejak dilahirkan. Jangkitan inilah yang akan membuatkan perkembangan anak terganggu dan terus sakit.

4. CIRIT-BIRIT

Cirit birit adalah gangguan umum pada anak kerana penyebaran masalah kesihatan ini boleh berlaku dengan mudah sama ada menerusi makanan atau persekitaran yang tidak bersih. Selain tidak mampu makan dan sakit perut, kanak-kanak juga akan mengalami gejala lain seperti demam, sakit kepala, lesu dan tidak bermaya. Bagaimanapun, perkara yang berbahaya adalah dehidrasi. Hati-hati sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda kekurangan air dalam badan.

BACA>>> Awasi 11 Tanda Anak Anda Mungkin Mengidap Kanser

5. BATUK

Batuk boleh menyebabkan anak mengalami penurunan berat badan dengan cepat. Terdapat banyak penyebab kepada masalah kesihatan ini antaranya selsema, alahan, gangguan paru-paru dan jangkitan saluran pernafasan.

6. PENYAKIT DEGENERATIF

Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini biasanya akan menjadi kurus dalam tempoh yang singkat. Tubuh akan mengalami gangguan dan pertumbuhan tubuh terganggu. Antara penyakit ini adalah kanser dan tumor.

Penyakit ini memerlukan rawatan yang intensif seperti kemoterapi dan radioterapi. Kesan sampingan daripada rawatan ini juga menyebabkan tubuh mereka tidak boleh menyerap nutrisi dengan baik.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda