HENDAK menyimpan bukan mudah, macam-macam halangan, silap hari bulan duit boleh terpakai untuk perkara tidak berfaedah. Transaksi pemindahan wang secara atas talian (online) sememangnya memudahkan ramai.

Salah satu kemudahan kepada penyimpan Tabung Haji (TH), tidak perlu lagi setiap bulan ke kaunter tetapi hanya perlu lakukan pemindahan terus (direct debit) sebaik gaji. Mudah kan? Ha… lepas ini tiada alasan untuk terlepas simpanan bulanan pula ya.

Berikut adalah perkongsian Mohd Fhais tentang kelebihan pemindahan wang dari Cimb Ke TH untuk makluman semua.

BACA>>> 10 Cara Mudah Ajar Anak Simpan Duit


Wah… sekarang sudah mudah kalau nak transfer duit direct dari CIMB ke Tabung Haji. Mahu transfer ke akaun isteri atau anak-anak pun boleh, online saja.

Banyak kelebihan sebenarnya kalau transfer dari cimb berbanding bank lain.

1. Simpanan boleh di buat secara automatik setiap bulan ikut berapa jumlah dan tarikh yang kita tetapkan. Eloklah simpan dulu sebelum belanja sakan.

2. Setting sekali sahaja untuk buat penolakan automatik secara berjadual setiap bulan melalui CIMBclicks. Nak buat perubahan kemudian pun boleh.

3. Boleh tambah dan buat favourite akaun tabung haji isteri dan anak-anak supaya mudah nak transfer nanti.

4. Caj transaksi CIMB (RM0.53) lebih murah berbanding maybank (RM1.06).

5. Automatik transfer ni bagus untuk mereka yang selalu terlupa menyimpan atau yang tidak boleh tengok duit ada dalam bank mesti nak keluarkan.

6. Tolak di bank lebih baik dari tolak di slip gaji. Slip gaji kena cantik nak guna buat loan rumah nanti.

Nota: Setiap transaksi online dari CIMB ke Tabung Haji akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja, lepas 3 hari baru boleh pergi kemaskini buku Tabung Haji.

Berikut adalah cara pendaftaran transaksi Cimb ke Tabung Haji:-

Sumber: Tabung Haji Official
Kredit: Selongkar10

BACA>>> 5 Tip Mudah Kawal Perbelanjaan Keluarga Setiap Bulan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda