BELUM ada rezeki menimang cahaya mata? Sudah mencuba bermacam-macam cara, tetapi masih belum berjaya? Kepada pasangan yang masih menanti kehadiran zuriat, mungkin boleh mencuba beberapa kaedah rawatan kesuburan seperti berikut:

1. KURANGKAN BERAT BADAN

Ini ialah perkara utama perlu dilakukan. Mereka yang mengidap polycystic ovary syndrome (PCOS), ubah corak pemakanan, kurangkan pengambilan makanan karbohidrat dan gula.

2. PENGAMBILAN CLOMID

Clomiphene citrate (pil subur) perlu diambil bermula tempoh haid hari kedua hingga keenam untuk membesarkan telur. Ini perlu diambil jika rahim, sperma dan tiub fallopio tidak tersumbat. Dos yang perlu diambil selama lima hari ini ialah antara 60mg-200mg bergantung kepada individu.

Perlu diingatkan, pil ini hanya boleh diambil selepas mendapat pemeriksaan doktor. Sepanjang tempoh pengambilan ubat, anda akan mengalami kesan sampingan seperti kembung perut dan tidak selesa ketika melakukan hubungan intim.

3. SUNTIKAN

Suntikan hormon perangsang folikel (FSH) untuk merangsang perkembangan dan kematangan telur. Suntikan ini biasanya diberikan pada hari ke-10-12 kitaran haid. Suntikan sama jufa digunakan dalam kaedah IUI (dos kecil) dan IVF (dos tinggi).

Selain wanita, ubat ini juga berkesan untuk meningkatkan jumlah sperma lelaki. Ia juga meningkatkan potensi mendapat anak kembar! Antara kesan sampingan suntikan ini ialah bengkak pada bahagian dada.

4. LETROZOLE

Satu lagi alternatif pil subur, letrozole. Pil ini dikatakan lebih berkesan berbanding penggunaan clomid. Selain itu, ia juga kurang memberikan kesan sampingan.

5. INTRA UTERIN INSEMINATION (IUI)

Kos untuk kaedah ini lebih murah. Selain suntikan FSH, suntikan chorionic gonadotrophin atau HCG akan diberikan pada hari ke-13.

Seterusnya, sehari atau dua hari lagi diperlukan untuk membolehkan telur menetas. Kaedah ini sangat bagus bagi mengatasi masalah kekurangan sperma atau cecair pangkal rahim tebal.

Ini kerana hanya sperma terbaik akan dimasukkan ke dalam rahim. Selain itu, doktor akan memilih waktu terbaik meletakkannya.

6. IN VITRO FERTILLIZATION (IVF)

Kaedah rawatan ini boleh dicuba untuk wanita yang mengalami masalah seperti tiub fallopio tersumbat, masalah ketidaksuburan dan PCOS. Menarik tentang IVF ialah blastocyst transfer, iaitu telur akan diperamkan selama 5 hari bagi membolehkan prosedur assisted hatching dilakukan. Jadi, lekatan telur akan jadi lebih kuat pada dinding rahim.

Melalui kaedah sama, anda juga boleh memastikan anak bebas ‘sindrom down’, dan dapat mengenal pasti jika ada penyakit tertentu menerusi telur selain boleh memilih jantina bayi yang bakal dilahirkan melalui kaedah (PGD).


DIAGNOSIS

Semua prosedur perlu dijalankan atas nasihat doktor. Saranan doktor amat penting bagi memilih prosedur terbaik untuk rawat kesuburan. Perlu diingatkan, rawatan ini bukan hanya buat sekali terus berkesan! Ia mesti dilakukan beberapa kali sebelum anda berjaya hamil.

SUMBER: Parents.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda