SELEPAS bersalin, ramai ibu lebih fokus kepada mahu menguruskan badan berbanding penjagaan anggota badan lain, terutama kaki dan kuku. Kebersihan kuku dan kaki umpama pengenalan diri kita. Jadi jangan lupa menjaga kaki dan kuku supaya bersih, sihat dan cantik!

1. KULIT KAKI KASAR DAN BETIS BERSISIK

  • Cara merawat masalah ini adalah dengan menyapu minyak zaitun dan kelapa dara.
  • Sapukan kaki dan betis sedikit minyak kelapa dara setiap hari.
  • Selepas itu, sarungkan stokin supaya minyak dapat diresap ke dalam kulit.
  • Lebih baik lagi jika dilakukan sebelum tidur.
  • Petua ini juga boleh digunakan pada tapak tangan yang kasar.

2. TANGGALKAN SEL KULIT MATI

  • Buang timbunan sel kulit mati dengan menggunakan lemon dan air suam.
  • Sediakan air suam dan perahkan sebiji lemon.
  • Kemudian rendam kaki untuk seketika ke dalam air suam yang dicampur lemon.
  • Gosok dan sental kaki dengan berus atau span.
  • Lakukan hingga air suam jadi sejuk.
  • Keluarkan kaki dan bersihkan dengan air biasa.

3. REDAKAN LENGUH

  • Hanya guna beberapa ulas bawang putih dan halia muda. Lakukan selama seminggu untuk dapatkan kesan terbaik.
  • Caranya, bersihkan halia dan bawang putih (kupas kulit).
  • Tumbuk bawang putih dan halia sampai hancur.
  • Ambil pes dan lumurkan pada kaki yang lenguh.
  • Pakai stokin dan biar semalaman sebelum dibersihkan.

4. KAKI LETIH

  • Hanya guna garam dan air suam sahaja.
  • Caranya, ambil semangkuk air suam dan sesudu besar garam bukit.
  • Masukkan garam ke dalam air dan kacau hingga larut.
  • Kemudian masukkan kedua belah kaki dan rendamkan selama 15-20 minit.
  • Lap hingga kering dan anda akan rasa lega!

5. ATASI KAKI BERBAU

  • Sediakan sodium bikarbonat dan air suam.
  • Campurkan air suam dengan satu sudu besar sodium bikarbonat. Kacau rata.
  • Campuran ini akan menghentikan aktiviti mikrob dan menghalang pembentukan molekul bau. Untuk dapatkan lebih kesegaran, perah sebiji lemon ke dalam campuran air suam tadi.
  • Rendam kaki selama 15 minit sambil menggosok dengan menggunakan berus untuk membuang sel kulit mati.
  • Keringkan kaki dengan tuala. Biarkan kaki anda betul-betul kering selama 10 hingga 15 minit sebelum memakai kasut.

6. RAWAT TUMIT MEREKAH

  • Bahan perlu disediakan, susu dan minyak zaitun.
  • Campurkan beberapa sudu makan susu tepung atau susu segar ke dalam air suam dan kacau rata.
  • Rendamkan kaki selama 15-20 minit.
  • Kemudian angkat kaki dan bilas dengan air bersih dan lap hingga kering.
  • Sapukan minyak zaitun pada kaki untuk melembapkan kaki.

TIP PENJAGAAN KAKI KETIKA BERPANTANG

  • Pastikan pakai stoking untuk elak kesejukan dan angin masuk ke dalam badan menerusi tapak kaki.
  • Lindungi bahagian ibu jari kaki dan elakkan tersepak atau tersadung sepanjang berpantang kerana dipercayai boleh menyebabkan tumpah darah.
  • Kaki dan pergelangan kaki anda akan bengkak selama seminggu atau lebih sebelum susut. Sekiranya tidak susut seminggu selepas bersalin, segera jumpa doktor.
  • Sentiasa pakai selipar ketika berjalan untuk mengelak kesejukan.

SUMBER: JomSehatKaki

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda