RAMAI orang tahu yang bermain adalah waktu belajar bagi kanak-kanak tetapi adakah kita betul-betul tahu mainan yang bagaimana sesuai untuk anak-anak dalam meningkatkan pembelajaran mereka?

Jika kita perasan, mainan dicipta dengan rupa dan fungsi yang berbeza. Berbeza dari segi saiz, tekstur, bentuk, warna dan fungsi. Sebenarnya, mainan dicipta dengan kajian yang telah dilakukan dan setiap mainan tersebut boleh digunakan untuk membina kamahiran yang berbeza-beza.

Berikut adalah senaraikan beberapa jenis mainan yang perlu ada di atas rak di rumah anda, terutamanya bagi kanak-kanak yang kebanyakan masa berada di dalam bangunan  atau rumah. Ia penting supaya kanak-kanak medapat rangsangan yang secukupnya untuk perkembangan mereka.

BACA>>> Pensyarah: Kanak-Kanak Tidak Banyak Mainan Lebih Kreatif

1. MAINAN CAUSE & EFFECT

Mainan ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan – 2 tahun kerana banyak memberikan input sensori. Mainan ini biasanya perlu ditekan, dipusing, dipicit, digoncang untuk menghasilkan effect. Memahami cause & effect adalah kemahiran kognitif (berfikir) yang biasanya terbentuk pada usia 3-6 bulan lagi.

Kemahiran paling awal adalah bayi 0 dan kesannya, ibu datang memberi susu, menukar lampin. Respon yang diperolehi hasil dari tangisan tadi. Apabila usia mereka meningkat, mereka akan belajar kemahiran cause & effect yang lebih kompleks seperti menggoncang rattles, menekan butang. Sebab itu kalau kita tengok, kanak-kanak suka main suis lampu, sebab bila di tekan, lampu menyala. Bagi kanak-kanak ia adalah mainan cause & effect.

Jadi apa kaitan mainan cause & effect dengan pembelajaran kanak-kanak?

Kaitannya, permainan cause & effect akan meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak iaitu kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Bila kanak-kanak boleh berfikir dengan baik, sudah semestinya boleh belajar dengan baik, lebih fokus dan lebih kritikal pemikiran mereka. Mudah untuk mereka memahami apa yang terjadi di sekeliling mereka.

2. MAINAN KONTRUKTIF (BOLEH DIBINA DAN DISUSUN)

Apabila mencecah usia 18 bulan, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun. Jadi kita akan lihat kanak-kanak akan menyusun objek sama ada menyusun secara berderet atau meninggi. Jadi pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan yang membolehkan mereka menyusun dan berfikir pada masa yang sama. Selain itu, menyusun, memasang, memanipulasi objek dengan tangan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

Pada peringkat awal, mungkin anda boleh membina sesuatu yang mudah dulu, tapi makin meningkat usia kanak-kanak, anda boleh tingkatkan kesukaran untuk menyusun dan membina sesuatu yang lebih kompleks. Dengan cara ini boleh tingkatkan imaginasi mereka.

3. MAINAN UNTUK PERGERAKAN FIZIKAL

Biasa tak dengar orang tua-tua cakap “budak aktif itu budak cerdik” dan saya memang setuju, aktif ya bukan hiperaktif, ada beza tu!

Kanak-kanak aktif sebenarnya mereka tengah explore, try & error, alami macam-macam experience dan sudah semestinya mereka belajar banyak perkara dari experience tersebut.

Tambah pula, aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada badan seperti body awarness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan. Jadi aktiviti fizikal ini bukan saja untuk badan tapi juga untuk perkembangan otak kanak-kanak. Makin sihat otak, makin cerdik lah mereka dan makin mudahlah mereka belajar.

Jadi kalau anak suka main, explore sana sini dan buat mcam-macam permainan pelik, jangan risau tapi kalau anak dok diam, tidak bergerak seharian, asyik duduk main gajet dan tengok TV, yang ini perlu dirisaukan!

4. MAINAN MESSY

Mainan ‘messy’ adalah mainan yang melibatkan sesuatu yang comot. Mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang, tapi bagi kanak-kanak permainan sebegini adalah menyeronokkan. Tapi ada juga kanak-kanak yang sukar untuk tolerate dengan mainan ‘messy’ ni.

Mainan messy ini sebenarnya banyak memberi manfaat pada kanak-kanak. Bukan sahaja boleh enjoy bermain malah banyak rangsangan yang boleh diperolehi bergantung kepada jenis messy play. Antaranya adalah dapat tingkatkan kepekaan deria (sensory), meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir dan menyelesaikan masalah.

Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak-kanak akan lebih fokus untuk belajar. Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi banyak-banyakkanlah messy play di rumah ya.

BACA>>> Jangan Bagi Anak Gigit Mainan Lama, Terutama Warna Kuning, Merah Dan Hitam

5. MAINAN UNTUK BERPURA-PURA ATAU BERLAKON

Sebenarnya setiap peringkat dan cara kanak-kanak bermain menggambarkan tahap perkembangan mental (kognitif) mereka. Antaranya adalah permainan pura-pura atau ‘pretend play’.

Melalui permainan sebegini, kanak-kanak banyak belajar berimaginasi, mencipta idea dan kreativiti mereka tersendiri dan sudah semestinya mereka belajar berfikir semasa bermain tersebut.

Biasanya pretend play ini dimainkan bersama orang lain, jadi skill sosial akan ditingkatkan seperti adab berkawan, berkongsi, memberi dan menerima arahan, menetapkan gol untuk dicapai semasa bermain, handle conflict, gaduh, baik balik. Biasa lah kanak-kanak memang macam itu, mereka akan belajar banyak perkara dari situasi yang berlaku semasa bermain.

Contoh pretend play ini seperti main masak-masak, makan-makan, kemudian bagi org lain makan, berlakon jadi ibu, beri baby minum susu, bila sudah besar sikit berlakon jadi cikgu, jadi polis, bomba, doktor dll. Lagi besar berlakon kahwin-kahwin. Kita pun main kan masa kecil-kecil dulu. Jadi apa salahnya ajar anak-anak untuk main juga.

6. PENSEL DAN KERTAS

Ini adalah mainan yang paling mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Macam-macam boleh dibuat dengan kertas, pensil dan warna. Main lukis-lukis, main conteng-conteng dan main teka-teka.

Boleh buat anak leka masa dalam kereta, masa makan, masa anda nak buat kerja dan dalam macam-macam situasi. Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh belajar mengenal objek, gambar dan macam-macam lagi. Jangan kita tidak tahu yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak-kanak untuk mereka belajar menulis nanti.

Tapi kita perlu ingat ya, bukan mainan itu yang mengajarkan skill pada kanak-kanak. Mainan tersebut hanya bahan sahaja untuk anda tarik perhatian dan memudahkan kerja anda. Jika nak buat sendiri pun boleh atau boleh guna saja barang-barang lain yang ada di rumah mengikut kreativiti anda.

Yang paling penting sekali adalah ANDA. Orang yang akan menunjukkan jalan pada kanak-kanak untuk belajar. Jangan ingat dengan hanya membeli dan memberi anak mainan tersebut dapat membentuk kemahiran yang saya senaraikan di atas ya. Kalau macam itu senang lah kerja.

Memang kanak-kanak belajar dari pengalaman mereka bermain tapi mereka perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mendapat pengalaman tersebut. Dan lagi pula, bila nak belajar berkomunikasi dan bersosial, kenalah ada orang lain kan? Kalau main seorang diri, macam mana nak belajar berkomunikasi.

Selamat bermain dan menjadi penunjuk arah.

SUMBER: Aishah Kassim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda