KANAK-kanak memang seronok dapat sambut hari jadi kawan dan dapat pek parti yang boleh dibawa pulang.

Namun, yang tidak menariknya pek parti itu dipenuhi dengan makanan-makanan yang tidak berkhasiat. Sudahnya, makanan hanya dibuang saja oleh rata-rata ibu bapa!

Sedar dengan masalah itu, BumBumCak memberikan beberapa senarai pek parti yang sesuai dan berguna buat anak-anak tanpa berlakunya pembaziran.

Berikut adalah senarainya:-

1. SET MEWARNA

Kita boleh berikan set mewarna kerana kanak-kanak suka mewarna. Ia juga sangat berguna untuk mereka gunakan di rumah bagi melahirkan kreativiti masing-masing. Set mewarna yang diberikan tidak perlu mahal, set mewarna seperti ini boleh didapati dengan harga murah di kedai RM2 atau DIY. Pilihlah mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

BACA>>> 8 Tip Buat Parti Hari Jadi Anak untuk Si Bajet

2. PUZZLE

Permainan ini banyak dijual di kedai-kedai mainan dengan harga berpatutan mengikut saiz. Bagi ibu yang kreatif, boleh lakukan DIY dengan mencetak dan menguntingnya kemudian masukan ke dalam bingkai gambar. Kanak-kanak mesti suka buat aktiviti kreatif dan boleh di simpan untuk dijadikan kenangan kelak.

3. BISKUT KREATIF

Biskut ini boleh dimasak bersama anak-anak. Buatlah corak yang menarik kanak-kanak seperti watak kartun popular seperti upin ipin mahupun warna yang cerah. Selepas itu, bungkus mengikut kreativiti anda. Jika anak lelaki sertakan dengan bungkusan biru dan perempuan merah jambu. Pasti nampak menarik dan lain daripada yang lain.

4. SET MAKANAN

Baru-baru ini, anak saya bawa pulang pek parti set makanan iaitu sudu, garpu, gelas, mangkuk dan pinggan yang dibeli di Ikea. Pek parti itu kemudiannya di bungkus menggunakan pembalut lut sinar dan diletakkan reben. Nampak simple tapi menarik dan sangat berguna untuk anak-anak.

5. ALAT TULIS

Set ini juga berguna untuk anak-anak dan boleh dibeli dengan harga borong di kedai tertentu. Pilihlah mengikut bajet dan kemampuan. Tidak perlu mahal yang penting ia ikhlas daripada anda. Yang pasti semua kanak-kanak suka.

BACA>>> Doktor: Tidak Makan Sayur Dan Buah Punca Kanak-Kanak Sering Kena Ulser

6. BUAH-BUAHAN WARNA WARNI

Ini adalah pek parti paling berkhasiat buat kanak-kanak. Untuk nampak lebih menarik pilihlah buah-buahan dengan warna yang berbeza dan cerah antaranya strawberi, epal hijau dan pisang. Bungkus di dalam plastik lut sinar. Bukan sahaja berkhasiat tetapi kanak-kanak boleh kenal buah dan warna.

Nota kaki: Dalam menyediakan pek parti ini ibu bapa perlu kreatif, tidak semestinya mahal beli di kedai RM2 pun boleh!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda