SETIAP ibu pasti mahu menyusukan bayinya. Masalah puting tenggelam bukan penghalang menyusukan anak. Ketika menyusu, bayi melekap pada aerola dan bukan hanya puting semata-mata. Sekiranya bayi melekap betul pada bahagian aerola, puting tenggelam bukan jadi masalah.

BAGAIMANA PERIKSA JIKA PUTING SAYA TENGGELAM?

Ketika hamil, kita boleh memastikan sama ada kita mempunyai puting tenggelam dengan melakukan ‘pinch test’ iaitu memicit aerola. Sekiranya puting menyongsang, masuk semula ke dalam tisu kulit atau melekuk, ia dinaggap sebagai puting tenggelam.

Bagaimanapun, ada beberapa langkah untuk mengatasi masalah puting tenggelam. Pada masa sama, penting kita ingat bayi yang melekap betul dapat mengeluarkan puting tenggelam.


6 CARA ATASI MASALAH PUTING TENGGELAM

1. BREAST SHELL

Teknik ini juga dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan pembentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli seawal trimester untuk beberapa jam sehari.

Sekiranya selesa, boleh juga tingkatkan waktu penggunaan. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali pakai alat ini pada malam.

2. PAM PAYU DARA

Selepas bersalin, gunakan pam payu dara untuk mengeluarkan puting. Lakukan setiap kali sebelum mula menyusukan bayi.

3. NIPLETTE

Alat ini dapat membantu mengeluarkan puting dengan cara hisapan, sama seperti pam payu dara. Alat ini boleh digunakan ketika hamil.

4. RANGSANG PUTING

Jika puting tidak timbul selepas bersalin, kita boleh tarik menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama seminit. Selepas itu, segera lap puting menggunakan kain sejuk. Tarik puting ketika menyusu.

5. TEKNIK HOFFMAN

Letakkan ibu jari atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara dan pada masa sama tarik ibu jari. Dengan itu, kita melakukan regangan pada puting dan melonggarkannya.

Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

6. NIPPLE SHIELD

Teknik ini ialah langkah terakhir yang boleh dilakukan jika cara lain tidak menjadi. Caranya, jadikan perisai puting atau nipple shield sebagai pengganti puting tenggelam.

Untuk mengelakkan bayi ketagih menyusu menggunakan nipple shield, alihkan sebaik sahaja bayi melekap pada payu dara.

Semoga bermanfaat buat semua ibu.

SUMBER: BreastFeeding 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda