RUMAH berhabuk mendatangkan risiko alergi dan asma terhadap anak kecil! Anak yang merangkak dan berjalan sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan bakteria dalam rumah. Bayangkan anak merangkak atas lantai berhabuk dan kotor, sebelum  dimasukkan jarinya ke dalam mulut!

Dalam tidak sedar, kawasan yang disentuh anak itulah paling banyak terdedah dengan habuk, hama dan kotoran. Misalnya anak menyentuh lantai dan perabot, kemudian meniarap atas karpet dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah cara memastikan rumah kita bebas habuk dan bersih untuk si kecil?

1. JANGAN GUNA KARPET

Ya, karpet ialah agen pengumpulan segala jenis habuk, debu dan hama. Jika masih mahu gunakan karpet di rumah, mesti rajin jemur dan basuh karpet sekurang-kurangnya sebulan sekali.

2. PERABOT MEMERANGKAP HABUK

Terlalu banyak perabot dalam rumah boleh jadi faktor pengumpulan habuk. Antara tempat yang selalu jadi lubuk habuk ialah almari, laci, bawah sofa, bawah katil dan rak buku.

Jadi, biar rumah kita dalam keadaan minimalis untuk mengurangkan punca habuk. Lagi sikit perabot, lagi mudah kita mencuci rumah.

3. LANTAI BERSIH

Selain habuk, lantai paling banyak mengumpul gumpalan rambut. Jika dibiarkan, gumpalan rambut akan menarik habuk dan kotoran. Gunakan vakum untuk sedut rambut dan habuk atas lantai rumah.

Jika ada ahli keluarga alergi, cari vakum yang mempunyai alat khas untuk menyedut habuk di tempat yang sukar dicuci. Misalnya celahan dan bawah sofa, bucu lantai dan sebagainya.

4. TUKAR LANGSIR

Langsir juga jadi tempat habuk berkumpul. Jangan biarkan langsir tergantung setahun tanpa dicuci atau ditukar. Rajinlah bertukar langsir sekurang-kurangnya empat atau lima bulan sekali.

5. VAKUM 

Vakum ialah rahsia membersihkan rumah secara pantas dan efektif. Tapi, bukan semua vakum dapat sedut habuk dan kotoran degil! Cari vakum dengn penapis yang dapat menyedut hingga 99.7% kotoran dan habuk.

6. MOP LANTAI

Kalau hendak si kecil selamat merangkak, mesti rajin mop lantai. Gunakan pencuci lantai yang dapat membasmi kuman dan selamat untuk si kecil. Selain mematikan kuman, mop lantai boleh hilangkan habuk dan kotoran.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda