SELALU punch card lambat? Kena cari stoking anak hilang, baju belum gosok, tidak sempat sarapan, kunci kereta hilang, minyak kereta menyala merah, bergaduh dengan pasangan sebab masing-masing lambat masuk kerja dan bla bla bla… Arghhh serabut, dan stres betulkan!?

Bagi pasangan bekerja, setiap pagi boleh dikatakan waktu paling kemuncak dalam rutin harian mereka. Bukan mudah hendak menguruskan anak, pakaian, sarapan, mandi, solat dan sebagainya. Sebaiknya kita susun jadual dengan rapi untuk elak stres dan dapat ke tempat kerja dengan tenang setiap hari.

Di sini kami kongsikan 5 tip untuk kita semua praktikkan supaya kurang stres dan boleh urus keperluan setiap pagi dengan lancar dan cekap:

1. SEDIAKAN KELENGKAPAN SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur pastikan:

  • Baju semua sudah siap digosok (baju kerja, baju sekolah, tudung dan lain-lain).
  • Sediakan barang kecil pada tempat mudah dicari (stoking, pin tudung, tali leher).
  • Barang anak kecil yang perlu dibawa ke rumah pengasuh semua sudah siap dipek.
  • Jadual dan buku anak ke sekolah semua sudah selesai. (Jangan pula masa Subuh baru hendak mencari buku).
  • Sediakan barang yang perlu dimasak untuk bersarapan.
  • Isi minyak dan top up Touch n Go.

Tip: Lebih efektif, susun semua barang yang perlu dibawa esok di depan pintu rumah atau letak saja dalam kereta! Nanti tidak timbul masalah hilang dan lupa.

2. BANGUN AWAL

Mesti bangun awal untuk uruskan semua tanpa stres. Bangun awal mandi, solat dan siapkan sarapan untuk anak. Kita ada lebih banyak masa untuk periksa semua kelengkapan cukup supaya tidak kelam-kabut.

3. SARAPAN MUDAH DAN CEPAT

Jangan ambil masa sediakan sarapan rumit. Makan sesuatu yang simple macam roti, pisang, oat dan susu. Kalau hendak masak sarapan yang perlu ambil masa lama, pastikan semua barang tumis dan nyah bekukan pada sebelah malam sebelum memasak.

4. KEJUTKAN ANAK AWAL

Paling pening, anak susah sangat hendak bangun pagi. Stres sangat! Tetapi inilah cabaran kita setiap pagi, terutama hari bekerja. Pastikan anak bangun awal supaya sempat dia bersarapan dan tidak tertingal barang.

Tip: Sediakan senarai semak atau checklist barang anak seperti baju senamam, botol air, sapu tangan dan lain-lain.

5. MINTA BANTUAN SUAMI

Penting sangat untuk bekerjasama supaya masing-masing boleh kurangkan stres waktu pagi. Biasanya kita akan bahagikan tugas. Isteri jangan pula lupa minta bantuan suami untuk buat sesuatu yang tidak mampu diselesaikann. Misalnya, suami pastikan anak bangun pagi, mandi, solat dan siap ke sekolah. Ibu pula uruskan anak kecil dan bersarapan.

Semoga pagi yang mendatang nanti akan buat kita semua lebih ceria! Selepas ini bolehlah masing-masing masuk awal ke pejabat dan bersarapan dengan tenang.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda