ANAK menyusu badan secara konsisten sejak kecil sampai umut 2 tahun memang agak susah meninggalkan tabiatnya itu. Nampak saja ibu, walaupun sudah kenyang, mesti mahu saja mengempeng.

Kadangkala susu ibu sudah kering, tetapi anak tetap mahu juga menyusu. Kalau anda antara ibu yang bermasalah ini, bolehlah ikut tip di bawah ini hingga anak perlahan-lahan lupakan tabiat itu.

1. BERI ANAK MAKAN HINGGA KENYANG

Kanak-kanak yang kenyang tidak akan minta susu. Jadi pastikan kita beri dia makan secukupnya – tiga kali sehari seperti nasi, ikan, ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang lengkap nutrisi.

2. TUKAR MINUMAN LAIN

Jika sebelum ini anak cuma minum susu ibu, apa kata ganti minuman pilihan anak kepada air masak. Jika susu, berikan stok susu ibu yang sudah diperah dan juga boleh berikan anak susu segar. Untuk mengelak anak bosan, apa kata beri minuman lain seperti jus buah, minuman seperti Yakult dan yogurt. Jika boleh, elakkan minuman bergula dan bergas.

3. ASING TEMPAT TIDUR

Perkara penting memisahkan susu badan dengan anak ialah memisahkan tempat tidur anak. Anak cenderung mengempeng apabila ibu tidur bersama mereka.

Jadi, selepas tidurkan anak, pindahkan mereka ke tempat tidur lain bagi membiasakan dia supaya tidak mengempeng. Boleh saja tidurkan anak di sebelah bapa, asalkan anak tidak menghidu bau ibu. Bau ibu antara faktor utama yang mendorong anak ketagih susu badan.

4. SOKONGAN SUAMI

Sokongan suami sangat penting. Biasanya apabila anak mahu tidur, dia pasti mahu mengempeng walaupun sudah kenyang. Jadi, apabila anak menangis mahu susu, suami boleh memainkan peranan memujuk anak dan bawa dia ke tempat lain. Buatlah sesuatu yang boleh membuatkan anak berhenti menangis hingga dia tertidur sendiri.

5. KURANGKAN BERI SUSU SECARA TERUS

Jika anak biasa menyusu badan setiap 4 jam. Tukar kepada 6 jam sekali, dan lakukan hingga anak berhenti menyusu badan. Buat perlahan-lahan supaya anak boleh menerima perubahan itu secara semula jadi. Kalau payudara bengkak cuba mengepam susu bagi mengurangkan kesakitan. Susu itu boleh diberikan kepada anak kelak.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda