TERJEBAK hubungan sulit dengan suami atau isteri orang sering berlaku kebelakngan ini. Tidak ada istilah terjatuh cinta atau tersuka tanpa sengaja dalam perkara ini sebenarnya.

Jika anda berada dalam situasi ini, masih ada jalan lain dalam membetulkan dan dielakkan ia terjadi, jika anda tidak berniat untuk merampas atau merosakkan rumahtangga orang lain.

Khusus buat suami dan isteri yang beradalam dalam dilema ini, baca perkongsian Ibu Rose ini sebelum bertindak dengan lebih jauh.

BACA>>> Nampak Bahagia Tetapi Kenapa Isteri Masih Curang? Ini 6 Sebabnya…

SUAMI DAN ISTERI CURANG! IA MENYAKITKAN

Berat sikit tajuk yang Ibu akan kongsikan pagi ini, namun melihat kepada perkara ini banyak sangat berlaku di luar sana, dan banyak sangat yang pm Ibu mengenai perkara ini, Ibu kita mahu tak mahu Ibu perlu membawa topik ini hari ini.

Ibu selalu menerima rayuan meminta nasihat dari beberapa orang akan apa yang patut dibuat kerana mereka jatuh hati dan mempunyai hubungan sulit dengan suami orang. Mereka memadu kasih di belakang isteri kekasih mereka. Mereka mengatakan mereka bukan mahu menghancurkan rumahtangga orang, tapi mereka tidak boleh melepaskan cinta. Bukan sengaja mahu jatuh cinta, tetapi tidak sengaja.

Ya, Ibu ini seorang yang penyayang dan Ibu juga berusaha menjadi lebih penyayang dan memahami. Dalam masa yang sama, Ibu tidak boleh menyokong kelakuan ini. Kerana bagi Ibu, memang lelaki dibenarkan berpoligami, namun itu bukan bermaksud lelaki dibenarkan mempunyai kekasih gelap. Betray isteri dan anak-anak!

Sebenarnya, jatuh hati mungkin kita tidak boleh kawal. Namun, perbuatan susulan itu kita boleh dikawal. Jika sudah tahu itu suami orang mengapa mengizinkan diri merapatinya. Atau jika sudah tahu diri itu sudah beristeri, mengapa bermain api. Sebab yang terbakar nanti bukan diri sendiri saja, ramai yang akan terbakar.

TIP ATASI BERLAKU CURANG

1. JAUHINYA SEGERA

Pergilah lari cepat-cepat dan jauh-jauh sebelum keadaan menjadi lebih parah. Itu bukan suatu yang tidak sengaja, itu satu yang disengajai kerana mengikut pujukan syaitan yang sentiasa mahu memporak-perandakan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Bagi anda yang terjebak dengan keadaan begini, ketahuilah anda berhak hidup dengan lebih mulia. Kita layak mendapat kasih yang tidak menghancurkan hati orang lain.  Anda layak mendirikan kebahagiaan di atas kebahagian dan bukan diatas kehancuran. Anda boleh mendapat jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah anda dan ianya membahagiakan semua orang.

Bayangkanlah, bila suami itu mengkhianati perhubungannya dengan isterinya, begitu juga isteri, maka akan bergegarlah rumah-tangga. Bila rumah-tangga itu hancur, bersoraklah syaitan dan iblis.

BACA>>> 7 Sebab Kenapa Lelaki Curang Walaupun Sudah Berkahwin

2. FIKIRKAN KESANNYA PADA ANAK DAN PASANGAN

Anak-anak dari rumah-tangga yang hancur ini, rosaklah hati mereka dan mudahlah mereka terjebak dengan dadah, seks rambang dan pelbagai lagi. Anak-anak ini akan belajar tidak mempercayai kasih dan berasa tidak layak menerima kasih yang suci. Jika mereka tidak mengubat diri, mereka juga akan mempunyai masalah di dalam perkahwinan dan perhubungan mereka dan keadaan ini berterusan.

Malah, inilah diantara punca dunia ini penuh dengan masalah sosial. Jangan pandang remeh perkara ini.

Pasangan akan semakin jauh hati dan hubungan akan menjadi semakin sukar.

3. BERDOALAH PADA TUHAN AGAR DIBERI KEKUATAN MENJAUHI HUBUNGAN GELAP

Yang terjatuh hati dengan suami atau isteri orang ini, bila mula terasa tu, jauhkanlah diri. Berdoalah kepada tuhan agar diberi iman dan hati yang cekal untuk tidak meneruskan usaha buruk dan bersyubahat dengan syaitan dalam menghancurkan rumah-tangga orang lain.

Berdoalah untuk mendapat jodoh yang baik dari lelaki atau wanita yang masih belum berpunya atau tidak lagi berpunya.

4. INGAT YANG DIRI SEDANG DIUJI ALLAH

Suami atau isteri yang terjatuh hati dengan orang lain, jagalah maruah diri, pasangan anda dan anak-anak dan maruah orang yang terjatuh hati itu. Ketahuilah anda sedang diduga dan semua orang di dunia ini have our fair share of dugaan. Kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam Al-Quran yang maksudnya, adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga tanpa di duga.

Biar Ibu katakan sekali lagi, Ibu bukan menentang poligami, Ibu menentang perhubungan sulit di belakang isteri yang sangat mencintai suaminya. Memadu kasih di pejabat, di tempat-tempat sunyi dan sepertinya itu bukan apa yang dimaksudkan Islam membenarkan poligami.

Dan bagi isteri yang jatuh hati pada lelaki lain. Anda perlu kuatkanlah iman anda, mintalah kekuatan daripada Allah untuk tidak dilemahkan oleh syaitan yang memang tugasnya menyesatkan cucu-cicit Adam a.s.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjadi seorang yang membawa kebaikan ke dunia ini dan bukan yang menghancurkan.

SUMBER: Ibu Rose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda