BAJU bayi dapat dipakai lebih lama jika kita pandai mencuci dan menyimpan pakaian dengan betul. Selain menjimatkan kos (boleh diguna semula si adik), mencuci baju bayi dengan cara betul juga dapat menjaga kesihatan kulit bayi.

Berikut merupakan 5 cara untuk mencuci baju bayi dengan betul:

1. CUCI SEBELUM GUNA

Wajib cuci baju baharu sebelum dipakaikan kepada bayi! Kebanyakan baju baru sudah disembur bahan kimia formaldehid sebelum dihantar ke kedai supaya nampak kemas dan cantik.

Guna sabun pencuci lembut dan khas untuk bayi yang bukan saja selamat untuk kulit bayi, tetapi boleh buat baju tahan lebih lama. Jangan gunakan pelembap ketika cuci pakaian bayi. Selain itu, jangan lupa cuci pelapik katil, selimut, baju baharu sendiri, termasuk suami dan apa saja kain yang bersentuhan dengan kulit bayi.

2. CARA CUCI KOTORAN

Bagaimanakah hendak bersihkan kesan najis, muntah, sisa makanan dan minyak atas baju bayi? Sebaik saja baju bayi terkena kotoran, bilas dengan air untuk kurangkan kesan kotor. Kemudian rendam dalam air sabun sekurang-kurangnya 30 minit (lebih baik guna sabun cair berbanding serbuk).

Sekiranya terkena minyak, sapukan bedak bayi pada kesan kotoran. Setelah kesan minyak hilang baru direndam dalam air sabun. Pastikan kesan minyak hilang terlebih dahulu, kemudian baru keringkan baju.

3. CUCI KESAN NAJIS

Sekiranya anda guna lampin kain, sebaiknya ikut cara cucian disarankan pembekal lampin tersebut.

Jika kotoran masih tidak hilang, rendamkan lampin dalam campuran air dengan sabun  pencuci dan setengah cawan peluntur untuk pakaian berwarna. Rendam 30 minit sebelum bilas dengan air panas dan tambah sabun pencuci.

4. CUCI KOTORON KETIKA DI LUAR RUMAH

Bawa botol penyembur sabun anda sendiri. Caranya sangat mudah, campur air sabun pencuci dengan nisbah 3:1 dalam botol penyembur, iaitu 3 bahagian air dan 1 bahagian sabun. Simpan di dalam beg lampin bayi dan guna bila perlu.

5. CARA SIMPAN BAJU BAYI 

Jika mahu simpan baju bayi untuk anak seterusnya, simpan baju bayi dalam kotak dengan label 1-3 bulan, 3-6 bulan dan sebagainya. Jika disusun secara sistematik, ini dapat memudahkan kerja kita untuk keluarkan baju bayi secara beransur-ansur nanti.

SUMBER: LiveAbout

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda