SUAMI boroi atau buncit selalu dianggap sebagai seorang lelaki yang bahagia, penyayang dan seksi! Kononnya isteri pandai masak dan pandai jaga makan. Sebab itulah suami semakin memboroi sebab bahagia sangat. Kalau sudah namanya suami, dia kentut pun kita rasa macam seksi! Gurau sahaja ok!

Ubah mentaliti dan pegangan ‘suami boroi nanti perempuan lain ‘tak menggatal’. Suami boroi tanda aku ini isteri yang baik, bahagia sangat dengan aku. Yes, aku memang masak sedap sebab tu cik abang makan bertambah-tambah!’

Betulkah boroi itu petanda bahagia? Kalau diikutkan hati, ya! Suami yang boroi itu bahagia dari segi emosi, tetapi tahukah anda boroi itu juga PETANDA SUAMI DALAM BAHAYA. Jangan ambil mudah kalau sayangkan suami. Mulai hari ini kita mesti bantu kurangkan tahap boroi cik abang sayang.

KENAPA BOROI BAHAYA?

Boroi ialah petanda sindrom X, iaitu metabolik yang boleh diperiksa menerusi pemeriksaan kesihatan . Bila kali terakhir anda dan suami melakukannya? Inilah sebab kenapa boroi itu petanda bahaya:

  • Paras gula dalam darah ketika berpuasa tinggi (masalah insulin).
  • Bacaan kolestrol HDL lebih rendah dari 35mg/dl.
  • Bacaan trigeliserida sekurang-kurangnya 150mg/dl.
  • Tekanan darah melebihi 140/90.

RISIKO PENYAKIT KRONIK

  • Kerosakan pada lapisan dalam arteri yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.
  • Perubahan ke atas keupayaan ginjal untuk menyingkirkan garam. Risiko mendapat penyakit darah tinggi, sakit jantung dan strok.
  • Peningkatan kadar trigeliserida yang membawa kepada penyakit kardiovaskular.
  • Risko pembentukan darah beku yang boleh menyekat salur darah dan pecah. Risiko serangan jantung dan strok.
  • Gangguan proses rembesan insulin yang menjadi punca diabetis.

5 TIP BANTU KURANGKAN BOROI 

1. AJAK BERSENAM

Jangan sesekali malas bersenam dan menjaga kesihatan. Tidak semestinya kita mula dengan senaman ekstrem dan pergi gym untuk angkat berat. Cukup sekadar bermula sederhana seperti pergi jalan-jalan di taman, aerobik dalam rumah, dan buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Amalkan gaya hidup aktif dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jom bakar lemak, jangan simpan lama-lama!

2. MAKANAN SIHAT

Cara paling mudah bantu suami – masak makanan sihat. Kurangkan masak makanan berminyak, berlemak, berkolestrol, manis dan tidak sihat. Dalam diam-diam kita boleh kawal pengambilan kalori. Kalau rajin, masakkan bekal untuk dibawa suami pergi kerja.

Ajak si suami berdiet dan puasa. Bukankah seronok kalau kita dan pasangan dapat bersama lakukan program ‘jom kurus bersama’ ala ‘relationship goals’ . Jangan mula ekstrem sangat. Secara perlahan kita ubah menu dan cara pemakanan supaya dapat hasil terbaik.

3. PEMERIKSAN KESIHATAN

Pemeriksaan kesihatan pastikan dibuat setahun sekali. Ini kita dapat tahu keadaan semasa kesihatan dan tubuh badan. Jadi senang untuk kawal dan ambil makan apa yang patut. Jangan sudah dapat sakit jantung, kencing manis, kolestrol tinggi baru hendak jaga pemakanan. Lebih baik mencegah daripada merawat?

4. KAWAL PENGAMBILAN UBAT

Ubat-ubat seperti anti-depression, kortikosteroids, antihistamin boleh menyumbang kepada obesiti. Jadi kita mesti kawal pengambilan ubat suami.

5. TEGUR DAN BERI SEMANGAT

Tegur dengn baik penampilan suami. Kalau takut suami terguris hati, tunjuk pada cik abang artikel ini! Mesti bertambah sayang suami pada kita nanti. Beri semangat untuk suami jaga pemakanan dan ubah cara hidup supaya dapat kurangkan boroi.

Sekarang kita sudah boleh fikir menu sihat untuk suami untuk kurangkan boroi. Selamat mencuba dan moga berjaya!

SUMBER: NutrisiSemulajadi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda