BERDEBAR rasa hati apabila kali pertama hendak melahirkan bayi. Kepada ibu kepada bakal anak sulung, ataupun yang pernah bersalin, kita wajib mengetahui beberapa tanda besar bilakah tiba masa supaya kita boleh pergi terus ke hospital.

Berikut beberapa tanda yang patut kaum ibu peka dan bersiap sedia ke hospital secepat mungkin:

1. NGILU PADA ARI-ARI

Semakin hampir masa untuk bersalin, ari-ari akan rasa sakit dan ngilu. Lebih lagi jika ibu mengandungkan anak kedua atau seterusnya. Paling terasa jika bangun selepas duduk lama.

2. SAKIT TULANG BELAKANG

Tulang belakang akan sakit kerana tekanan bayi sudah menurun. Apabila sudah rasa sakit, boleh gunakan minyak angin untuk redakan kesakitan. Suami boleh tolong urutkan perlahan.

KELUAR LENDIR BERCAMPUR DARAH

Tidak semua ibu mengalami tanda ini. Ini bermakna pintu rahim sudah mula ‘membuka jalan’ untuk bayi keluar. Ibu boleh terus pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Walaupun sudah keluar lendir, ibu masih diwajibkan menunaikan solat fardu. Cuma pastikan darah tidak mengalir keluar. Boleh guna kapas atau pad.

3. PECAH AIR KETUBAN

Hanya 15 peratus ibu hamil mengalami pecah air ketuban sendiri. Ada yang pernah mengalaminya ketika menunggu anak kedua lahir. Tengah berehat, tiba-tiba dengar bunyi ‘pop’ dan seluar pun basah. Itu tandanya air ketuban sudah pecah.

Air ketuban berwarna jernih dan tidak berbau. Jika air semakin banyak keluar, jangan tunggu lagi! Cepat-cepat ke hospital.

4. KONTRAKSI RAHIM

Ini juga tanda akhir.  Biasanya berlaku sejam sekali hingga 5 minit sekali. Kontraksi akan berlaku secara konsisten, dan berbeza kontraksi palsu yang tidak konsisten. Sekejap sakit dan tiba-tiba hilang. Semasa kontraksi, perut akan rasa memulas seperti sakit perut.

Apa yang penting, banyakkan berdoa supaya urusan melahirkan anak dipermudahkan. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Selamat bersalin dan kami doakan semua ibu pembaca semua selamat melahirkan anak yang sihat.

SUMBER: PuteriBerduri

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda