ADUH……makan bersepah lagi, ibu penat lah asyik kena kemas rumah je. Adik tak tahu ke ibu penat ni…asyik nak melayan adik je!” Pernah tersebut ayat ini pada anak? Atau kerap mengadu atau mengeluh penat bekerja di depan anak?

Sebenarnya, mengadu letih depan anak itu bukanlah satu perkara yang bagus. Lebih banyak buruk dari baiknya. Jika tidak mahu anak ada rasa satu perasaan jauh dengan kita sebagai orang tuanya, elak mengeluh letih depan mereka.

Berikut merupakan perkongsian Dr.Taufiq Razif tentang kenapa kita tidak boleh merungut penat depan anak.

5 SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MENGELUH PENAT DEPAN ANAK

1. ANAK CUBA JAUHKAN DIRI

Bila mak ayah mengadu penat, si anak akan rasa bersalah dan cuba menjauhi mak ayahnya padahal benda ni sangat bahaya pada perkembangan emosi si anak tu.

2. EMOSI TIDAK STABIL

Emosi anak akan jadi tak stabil sebab dia akan rasa dirinya cuma beban pada kita. Minda separa sedar sanak akan cuba meringankan beban kita walaupun benda itu boleh bagi mudharat pada dirinya sendiri.

Contohnya, anak tanpa sedar akan lebih bergantung pada kawan-kawan di luar rumah berbanding mak ayahnya sendiri walaupun pada umur yang masih sangat muda.

BACA>>>> Ubah 7 Kesilapan Biasa Ini Agar Jadi Ibu Bapa Berjaya!

3. HILANG RASA PERCAYA

Anak kita boleh rasa energi keikhlasan kita sebenarnya. Mengeluh penat di depan anak hanya menghilangkan rasa percaya anak pada keikhlasan kita. Mereka akan rasa yang kita ini jaga mereka dalam keadaan terpaksa.

4. RAGU TENTANG RASA SAYANG

Lebih dasyat lagi kalau dah timbul perasaan ragu dalam hati anak tentang kasih sayang kita sebagai mak ayah. Anak akan tertanya tanya kenapa dia dilahirkan ke dalam keluarga itu dan kenapa dia dilahirkan sebagai beban, bukan sebagai anak yang memberikan cahaya kebahagiaan.

5. BOLEH JADI KEMURUNGAN

Anak kita belum mampu menyerap tekanan emosi kita. Bila kita mengeluh penat kepada anak-anak, kita sebenarnya sedang memindahkan beban emosi tu pada anak sendiri!

Jangan terkejut kalau anak pun mula jadi murung, kurang minat bermain dan lebih suka menyendiri kalau kita selalu mengeluh penat pada anak. Itu lah akibatnya bila anak-anak yang tidak bersalah terpaksa menyerap beban emosi yang amat berat.


APA PATUT SAYA BUAT?

Orang yang bertanggungjawab untuk dengar luahan hati kita adalah pasangan sendiri. Kita sebagai pasangan (tidak kisah suami atau isteri), perlu main peranan untuk jadi pendengar yang baik.

Antara terapi terbaik jiwa adalah bila masalah kita didengar pasangan sendiri. Sebab itulah jika pasangan kita membebel, dengarlah sekejap kerana itu tandanya si dia sedang membuat terapi hati!

Kita yang dewasa pun akan terasa hati dan sebak jika pasangan mengeluh penat dengan perangai kita. Bayangkan anak kecil yang manja dan sentiasa dahagakan perhatian dari mak dan ayahnya.

BACA>>>> Jangan Ucap 6 Ayat Ini Jika Tidak Mahu Anak Bencikan Kita Sepanjang Hayat

SUMBERTaufiq Razif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda