SETIAP ibu bapa pasti pernah menghadapi situasi anak berbohong hingga bimbang kalau tabiat itu kelak akan terbawa-bawa sampai meningkat dewasa. Memang jadi kes naya!

Jangan bimbang, sebenarnya situasi anak berbohong adalah normal. Dalam banyak kes, berbohong baik untuk perkembangan mental dan emosi kanak-kanak. Berbohong juga memberi isyarat anak kita sedang membesar.

Apa yang penting, kita mesti tahu kenapa anak berbohong!

1. MAHU JADI KEBANGGAAN IBU BAPA

Kanak-kanak berbohong apabila merasakan dia melakukan sesuatu yang akan membuatkan kita marah. Jadi, dia memilih untuk berbohong kerana tidak mahu ibu bapa naik angin.

2. BERBOHONG UNTUK ELAK DIHUKUM

Kanak-kanak tahu apabila buat salah, mereka akan didenda atau dihukum. Jadi, mereka memilih untuk berbohong. Lebih kerap kita menghukum atau naik tangan, lebih kerap pula mereka berbohong. Hati-hati.

3. SUKA CONTOHI ORANG LAIN

Anak kita mudah meniru perbuatan atau kelakuan orang dewasa. Jadi, jangan sesekali bercakap bohong depan mereka! Mereka sentiasa mendengar dan memerhatikan perbuatan dan tingkah laku kita.

4. TIDAK FAHAM REALITI DAN FANTASI

Tahukah anda, sepanjang usia 3-4 tahun, anak-anak sebenarnya tidak faham maksud berbohong. Ini kerana mereka masih tidak faham tentang apa itu kebenaran berdasarkan fakta.

5. CUBA BOHONG KERANA INGIN TAHU 

Kadangkala anak terfikir, sekiranya dia beritahu sesuatu yang berbeza berbanding kejadian sebenar, tindakan itu akan membuatkan orang percaya kepadanya. Dek perasaan ingin tahu yang tinggi, anak kita berbohong untuk melihat apakah kita sebagai ibu bapa mengetahui dia sedang berbohong.


APA TINDAKAN JIKA TAHU ANAK BOHONG?

Kunci utama menghadapi anak-anak berbohong adalah mengajar mereka tentang bercakap benar, dan bersikap jujur serta kita sendiri jangan hanya tahu menghukum.

Dalam kes ini, penting ibu bapa untuk menjelaskan keburukan berbohong selain bertanya sebab kenapa mereka berbohong. Apabila mengetahui kebenaran yang cuba disorokkan, anda pasti berbangga dengan kejujuran diluahkan mereka.

SUMBER: KidSpot.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda