ANAK tidak mahu ke tadika bukanlah perkara pelik. Tetapi ada sesetengah anak bukan main meronta-ronta tidak mahu ke sana. Siap terpaksa dibawa si cikgu datang memujuk rayu. Lagilah stres kalau kita memang kena masuk pejabat hari itu. Iyalah,  kalau tidak ke tadika, hendak duduk mana?

Pasti ada sebab kenapa dia mengamuk sampai macam itu sekali. Mungkin sebab-sebab itu seperti di bawah ini:

1. TERLALU LAMA BERCUTI 

Masalah ini sebenarnya bermula dari rumah. Anak sudah lama tinggal di rumah dengan ibu dan ayah, tiba-tiba hendak dihantar ke tadika. Memang anak menolak! Apabila sudah rapat sangat dengan ibu dan ayah, agak susah untuk dia berenggang dengan kita.

2. TIDAK SELESA DENGAN PERATURAN

Ada juga anak yang tidak pandai menyesuaikan diri dengan peraturan tadika. Jadi, apa perlu dibuat adalah cuba bercakap baik-baik dan jelaskan kepada anak supaya ikut peraturan. Lama kelamaan anak akan terima dan terbiasa.

3. BOSAN

Mungkin juga anak kita rasa bosan dengan aktiviti di tska tau tadika. Misalnya, di rumah anak sudah biasa bebas bermain dan lakukan apa sahaja pada bila-bila masa. Tapi lain pula suasana di tadika, anak terpaksa mengikut jadual yang telah ditetapkan guru.

4. TAKUT PADA SESEORANG

Boleh jadi punca anak tidak mahu ke tadika dan taska disebabkan tidak serasi dengan guru atau pengasuh. Anak akan mengelak mahu berjumpa dengan orang yang dia takut atau tidak suka.

5. MANJA SANGAT

Anak yang sentiasa dalam kawalan ibu dan ayah biasanya sangat manja dan tidak mahu berpisah untuk tempoh masa lama. Apabila ibu dan ayah tiada dalam pandangan, mulalah dia takut, cemas, bimbang dan merengek mencari kita. Selalunya dia perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri berenggang dengan kita.


Apa saja punca anak tidak mahu ke tadika dan taska bakal memberi kesan ke atas dirinya dan kita juga. Selidik punca masalah, pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu ke tadika.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda