SETIAP ibu bapa wajib mempunyai ilmu pengetahuan tentang keibubapaan yang berterusan bagi menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak. Bagaimanapun, ilmu tidak datang dengan sendiri, sebaliknya perlu dipelajari.

Hari ini, seiring dengan perkembangan arus teknologi maklumat, ilmu keibubapaan boleh dipelajari dengan mudah dan percuma.

Berikut adalah 5 saluran keibubapaan di Telegram yang semua ibu bapa wajib ikuti yang dikongsikan oleh Eyza Faizah di laman Facebooknya.

Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa!


5 CHANNEL TELEGRAM BEST UNTUK INFO PARENTING РKLIK LINK DI BAWAH 

Sebagai ibu ayah, kita diamanahkan untuk mendidik anak-anak daripada semua segi termasuk aspek fizikal, emosi, intelektual dan spiritual.

Memandangkan kini segalanya berada di hujung jari kita sahaja, jom sama-sama gali ilmu parenting dengan cara yang sangat mudah.

Ibu ayah cuma perlu install Apps Telegram dan klik 5 link di bawah untuk join 5 group Telegram BEST berkenaan parenting bagi mendapatkan pelbagai ilmu parenting secara PERCUMA.

1. Nota Parenting Taufiq Razif
telegram.me/NotaTaufiqRazif

2. Ibu Rose – Mesejnya Kasih
telegram.me/iburoselove

3. Maznah Ibrahim’s Channel
telegram.me/ehsabar

4. Coretan Mohd Fhais
telegram.me/CoretanFhais
(Parenting & Family Matters)

5. OT AisyahRozalli: Stimulasi Anak Dengan Ilmu
telegram.me/OTAisyahRozalli

Semoga dengan pelbagai info dan ilmu parenting bermanfaat yang disampaikan dalam group Telegram ini, kita akan sentiasa upgrade diri untuk menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak tercinta.

Eyza Faizah
Teruskan Belajar Kerana Allah Sentiasa Mengajar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda