MAJORITI kanak-kanak memang pantang nampak air. Salah satu cara mengembirakan mereka, ramai ibu bapa membawa anak ke kolam renang mahupun pantai.

Bagaimanapun, tindakan membawa anak  ke tempat-tempat itu berbahaya kepada kesihatan anak-anak, yang secara tidak langsung menyumbang kepada punca segala jenis penyakit.

Berikut adalah 5 bahaya apabila kerap membawa anak mandi melibatkan air perkongsian daripada Dr Ezairy M Sallih  untuk pengetahuan semua ibu bapa.

BACA>>> Benarkah Bayi Mandi Air Sejuk Tulang Jadi Kuat?


BAHAYA BIARKAN ANAK MANDI KOLAM

Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.

Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui. Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Mari kongsi info ini kepada orang yang kita sayang. Moga bermanfaat.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung dan tekak

Rujuk gambar: Pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.

BACA>>> Bayi Tidak Perlu Kerap Mandi Pun! Cukup Saja 2-3 Kali Seminggu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda