LABU kaya dengan kebaikan nutrien yang diperlukan bayi. Vitamin dan mineral yang ada dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Malah, bukan saja sedap dengan rasa lemak manis, tetapi mudah disediakan untuk bayi.

Masih tercari-cari apakah resepi mudah berasaskan labu? Apa kata cuba 5 resepi di bawah ini yang khas untuk bayi usia 5-8 bulan.

1. PURI LABU, AYAM DAN BROKOLI

Gambar sekadar hiasan

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan isi labu
  • 1/2 cawan brokoli
  • 1 ulas bawang putih
  • 50gm isi ayam
  • Minyak zaitun

Cara Memasak:

  1. Potong labu bentuk dadu dan brokoli dipotong kecil.
  2. Kukus labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli hingga masak.
  3. Kemudian kisar halus. Tuang sedikit minyak zaitun dalam puri sebelum dihidangkan.

2. PURI LABU DAN KURMA

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan isi labu
  • 2 biji kurma

Cara Memasak:

  1. Potong labu bentuk dadu dan hiris kurma.
  2. Kukus labu hingga masak.
  3. Kisar labu dengan kurma.
  4. Sedia untuk dihidang.

3. PURI KENTANG DAN LABU

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan isi labu
  • 1 biji ubi kentang
  • Sedikit air

Cara Memasak:

  1. Labu dan ubi dikupas dan dipotong dadu.
  2. Kukus kedua-dua bahan hingga masak.
  3. Setelah masak, kisar dengan sedikit air dan siap!

4. PURI PISANG DAN LABU

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan isi labu
  • 1 biji pisang
  • Secubit serbuk kayu manis
  • Sedikit air

Cara Memasak:

  1. Labu dipotong dadu dan potong pisang.
  2. Kukuskan labu hingga masak.
  3. Selepas masak, kisarkan bersama pisang dan sedikit air.
  4. Siap untuk dihidang.

5. LABU PANGGANG

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan isi labu
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Sedikit oregano kering

Cara Memasak:

  1. Labu dipotong dadu, kemudian gaulkan dengan minyak zaitun dan oregano.
  2. Panggang dalam ketuhar selama 5-10 minit.
  3. Siap untuk disediakan sebagai makanan ringan atau snek ringan.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda