GOLONGAN ibu selalu mengadu sakit belakang ketika menyusukan anak. Silapnya, kita selalu ambil mudah tentang posisi atau postur badan yang betul ketika menyusukan anak.

Ada ibu yang main hentam saja asalkan anak dia dapat menyusu. Seeloknya, amalkan tip di bawah ini supaya dapat bagi membantu mengurangkan sakit belakang, selain mempengaruhi kelancaran susu dan keselesaan kita.

CARA BETUL MENYUSUKAN BAYI

  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga anak kita bukakan mulut.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian warna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Bayi akan berhenti menyusu apabila kenyang. Jika bayi masih menyusu walaupun susu sudah berhenti mengalir, masukkan hujung jari kelingking kita di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

5 POSISI MENYUSUKAN BAYI

POSISI 1: MENDUKUNG

Posisi ini paling popular dan mudah dipelajari, terutama kepada ibu yang kali pertama menyusukan anak. Kedudukan ini sesuai untuk ibu bersalin normal.

Kita perlu melekapkan dada dengan betul ke arah bayi dan pastikan puting tidak tenggelam. Bagaimanapun, posisi ini tidak sesuai untuk bayi bermasalah kuning atau jaundis, dan tidak cukup bulan kerana akan buatkan dia mudah tidur.

POSISI 2: DUKUNG BERSILANG 

Posisi dukung bersilang ini sesuai bagi yang bersalin secara pembedahan (caesarean), memiliki payu dara besar, puting tenggelam atau rata dan bayi bermulut kecil.

Dalam posisi ini, kedua-dua tangan memainkan peranan penting. Tangan pertama menyokong payu dara dan tangan kedua menyokong bahu dan punggung bayi.

POSISI 3: MENDAKAP

Kepala bayi berehat di dalam dakapan, sokong belakang badan dan punggung bayi dan lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi ini juga sesuai bagi yang dilahirkan secara pembedahan atau anak kembar kerana boleh menyusukan bayi serentak, dan juga buat ibu yang memiliki puting rata atau tenggelam,serta anak bermulut kecil.

POSISI 4: BARING MENGIRING

Posisi ini tidak sesuai kepada bayi baru lahir. Tetapi kepada yang bersalin secara caeserean mungkin ini satu-satunya posisi yang boleh kita cuba pada beberapa hari pertama selepas bersalin.

Kita juga boleh berehat dalam posisi ini tetapi jangan tertidur hingga menyebabkan hidung anak tertutup. Jadi, tinggikan sedikit posisi bayi untuk elak hidung bayi tertutup ketika menyusu.

POSISI 5: BARING BERSANDAR

Susun bantal di belakang mengikut keselesaan kita, bersandar dan letakkan anak di dada ketika menyusu. Posisi ini memberikan kita rasa tenang dan dapat berehat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda