SEBAGAI orang tua, kita semestinya tidak mahu lepaskan peluang untuk ambil gambar anak, terutamanya yang masih kecil. Bukan apa, cuma hendak simpan sebagai kenangan.

Kadangkala, 1 atau 2 gambar yang terpilih kita akan kongsikan di media sosial juga sebagai perkongsian dengan saudara-mara dan rakan terdekat.

Bagaimanapun, apa yang patut kita pertimbangkan semasa muat naik gambar anak di media sosial? Ini 5 perkara yang perlu kita elakkan;


1. AURAT ANAK

gambar anak

Betul, anak-anak yang masih kecil masih belum wajib menutup aurat. Namun, jangan sampai kita pandang remeh dengan maruah sehingga bebas berkongsi gambar mereka yang ‘seksi’ atau tidak berpakaian lengkap.

Tanpa sedar, gambar-gambar sebegini berpotensi untuk jatuh ke tangan orang yang kurang bertanggungjawab dan kemudian salah guna untuk tujuan yang tidak baik.

2. PERKARA MEMALUKAN

Insiden atau perkara tertentu kelihatan lucu tetapi tidak pula begitu bagi seorang anak. Contohnya rakaman video atau gambar anak anda yang sedang tantrum, kencing malam, atau mendapat keputusan peperiksaan yang tidak dihajatinya.

Apabila anak sedang meningkat usia, mereka amat sensitif dan tidak suka menjadi bahan tontonan orang ramai. Malah, mereka mungkin diejek apabila dewasa kerana insiden yang ‘viral’ tersebut.

BACA >>> Sekali Tengking Berjuta Sel Otak Rosak, Ini 7 Bahaya Tengking Anak Sesuka Hati

3. GAMBAR ULTRASOUND

gambar anak

Akhir-akhir ini, trend muat naik gambar ultrasound kandungan semakin popular.

Menurut ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, walaupun gambar sebegini bukanlah termasuk dalam aurat ibu, namun ianya bertentangan dengan maksud janin dalam bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang tersebunyi.

4. MAKLUMAT PERIBADI ANAK

Apabila memuat naik gambar anak, pastikan tiada butiran peribadi yang terpampang sama. Misalnya nama penuh, lencana sekolah, jadual pergi-balik sekolah, IC anak, kad rawatan anak, dan sebagainya.

Semua maklumat dan butiran peribadi ini perlulah disimpan kerana ia membolehkan sesiapa sahaja menyalahgunakan maklumat atau menjejaki mereka dengan mudah.

BACA >>> Benarkah Bedak Punca Anak Menghidap Asma? Ini Penjelasan Doktor…

5. GAMBAR DENGAN ANAK ORANG LAIN

Mungkin anda seorang yang open-minded dan suka berkongsi apa saja yang dilakukan oleh anak. Namun sebelum anda mua tnaik dan tag ibu kepada kawan-kawan anak anda, pastikan mereka memberi kebenaran untuk anda berbuat demikian.

Ini kerana, mungkin sesetengah orang amat sensitif jika anak mereka di ’tayang’ kan kepada umum dalam keadaan tertentu, lebih-lebih lagi jika anda berkongsi pula lokasi sekolah atau alamat rumahnya. Secara tidak langsung, anda mendedahkan maklumat yang dapat membahayakan privasi keluarga tersebut.

Fikirlah sedalamnya sebelum berkongsi peristiwa sebegini dan hormatilah pendirian mereka sewajarnya. Kita harus lebih peka dan meletakkan keutamaan dalam aspek keselamatan, lebih-lebih lagi apabila jenayah siber semakin berleluasa.

SUMBER: Zuriat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda