TERLALU taksub dengan perkembangan teknologi dan kebiasaan memuat naik gambar atau status di laman sosial tanpa memikirkan keselamatan data peribadi boleh mengundang bahaya kepada keluarga terutamanya anak.

Tidak salah jika kita mahu kongsikan kegembiraan atau gambar anak di laman sosial tetapi lebih baik elak kongsi 5 perkara ini untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.

BACA>>>  5 Perkara Perlu Elak Jika Mahu ‘Upload’ Gambar Anak di Media Sosial

JANGAN KONGSI 5 BENDA INI DI MEDIA SOSIAL KALAU NAK KELUARGA SELAMAT

1. BERITAHU SUAMI OUTSTATION

  • Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakkan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya.
  • Mereka paling seronok kalau mereka tahu tidak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk.

2. BERITAHU LOKASI RUMAH

  • Kalau nak tunjuk lokasi ‘check-in’ di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah.
  • Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita.

3. TAYANG NOMBOR PLATE KERETA

  • Bukan cuma info seberapa banyak saman saja boleh dikorek daripada nombor plate ini.
  • Alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan nombor plate kenderaan kita.
  • Buka saja MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta itu, semuanya boleh digali dan dicari!

4. TAYANG NO KAD PENGENALAN DAN NO PASSPORT

  • Kadang-kadang kita teruja sangat tunjuk keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor kad pengenalan anak kita.
  • Kadang-kadang itu kita termuat naik gambar percutian kita dan keluarga sampai ‘ter-snap’ sekali gambar passport padahal nombor itu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi.
  • Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh saja buat aduan di web [email protected]
  • Pihak yang sebarluaskan data peribadi kita itu boleh dikenakan hukuman sampai RM500,000 tau!

BACA>>> Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Benarkan Anak Remaja Main Internet

5. BERITAHU KETERLAMBATAN KITA MENJEMPUT ANAK

  • Kadang-kadang kita selalu buat posting “Aduh. Terlambat lagi ambil anak aku kat sekolah“.
  • Benda ini sendiri sudah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita.
  • Sebarang kelewatan kita adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita beritahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial.

Tolong ingatkan perkara ini semua pada keluarga dan pasangan kita. 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda