ANAK sering demam, selsema dan batuk setiap bulan memang merisaukan ibu bapa. Walaupun sudah melakukan pelbagai rawatan anak masih juga kerap demam. Mak ayah mana yang tidak risau!

Mungkin ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang tentang rawatan anak. Berikut adalah 5 perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu dalam memastikan kesihatan anak terus terjamin perkongsian Dr Ezairy M. Sallih.

BACA>>> 7 Tip Rawat Selsema Dan Batuk Bayi Semua Ibu Bapa Wajib Tahu!

KENAPA ANAK KERAP DEMAM, BATUK DAN SELSEMA?

Persoalan ini selalu bermain di kalangan ibu bapa. Bukan apa, sebab apabila anak-anak jatuh sakit, kitalah insan yang paling sibuk bekerja memastikan anak-anak berada dalam keadaan seselesa yang mungkin. Sampai tidak tidur malam dibuatnya.

CUBA LIHAT 5 PERKARA INI

1. SELALU BAWA DI TEMPAT RAMAI ORANG

Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.

2. PENGUDARAAN DALAM RUMAH YANG KURANG BAIK

Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.

3. TERDEDAH KEPADA MEREKA YANG SEDANG MENGALAMI JANGKITAN

Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.

4. KEBERSIHAN DIRI YANG KURANG DIJAGA

Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu, stroller dan sebagainya.

BACA>>> 6 Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Selamat dan Berkesan

5. LEWAT DIBAWA BERJUMPA DOKTOR

Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.

Semoga bermanfaat. #kongsi kepada orang yang anda sayang.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor prihatin

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda