KETIKA hamil ramai wanita kurang bernafsu mahu mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Sebabnya, perubahan hormon badan dan terlampau penat. Maklumlah sudah berbadan dua.

Apapun alasan, kehamilan tetap bukan alasan untuk tidak bersama suami. Tahukah anda, hubungan seks ketika hamil adalah digalakkan, terutama pada fasa trimester akhir kerana dipercayai dapat memudahkan proses melahirkan anak.

Namun, tidak dinafikan masih ramai percaya tentang beberapa mitos hubungan seks ketika hamil. Kami senaraikan beberapa salah faham tersebut.

1. SEKS PENYEBAB KEGUGURAN

Hubungan seks ketika hamil tidak akan menyebabkan keguguran. Kita juga selamat melakukan hubungan intim ketika trimester pertama walaupun risiko keguguran lebih tinggi.

Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati sekiranya mengalami perdarahan, plasenta previa, atau memiliki sejarah kehamilan pramatang. Boleh minta nasihat pakar terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan kelamin.

2. PENETRASI DALAM BAHAYAKAN JANIN

Penis (zakar) manusia tidak cukup panjang atau besar hingga melepasi plasenta. Sebelum sampai ke janin, terdapat banyak halangan iaitu katung ketuban dan rahim. Jadi, agak mustahil mampu membahayakan janin.

3. KEHAMILAN PENYEBAB HILANG GHAIRAH SEKS

Ghairah seksual tidak sama bagi setiap wanita hamil. Ketika trimester pertama, ramai wanita merasa mual, kelelahan dan tiada mood. Keadaan itu membuatkan kita tidak ingin melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Bagaimanapun, trimester kedua ialah masa yang sesuai melakukan hubungan kelamin kerana masalah mual dan loya sudah hilang. Trimester akhir pula kita akan mula rasa hilang ghairah kerana berat badan, sakit punggung dan kepenatan.

4. ORGASME PUNCA KELAHIRAN PRAMATANG

Kemungkinan orgasme menyebabkan kelahiran pramatang ialah sangat rendah dan jarang berlaku. Ketika mencapai orgasme, tubuh akan melepaskan hormon oksitosin, yang menyebabkan rahim berkontraksi. Jadi, normal jika wanita hamil mengalami kram selepas mencapai klimaks.

Kontraksi ini berlangsung lebih kuran 1-2 jam dan ini bukan bererti kontraksi mahu bersalin. Namun, pada tempohpenghujung kehamilan atau memasuki 38 minggu, orgasme boleh menyebabkan kontraksi kelahiran jika kerap berlaku.

5. TIDAK BOLEH LAKUKAN ORAL SEKS

Masih selamat dan boleh dilakukan selagi pasangan tidak meniupkan udara ke kawasan kemaluan ketika melakukan oral seks. Perbuatan meniupkan udara ke dalam vagina akan menyebabkan emboli udara iaitu gelembung udara masuk ke dalam aliran darah dan menolak pembuluh darah.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda